Sebenarnya soal rezeki ini adalah urusan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Yang Mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala sahajalah yang maha berkuasa mengatur akan rezeki hamba-hambaNya. Seperti Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
(Surah Az-Zaariyat, ayat 58).
Perlu diketahui juga kita sebagai hamba Allah Subhanahu Wa Ta’ala hendaklah berusaha mencari rezeki yang halal lagi berkat untuk kebahagian Duniawi dan Ukhrawi. Kerana, kekayaan tidak membawa erti tanpa adanya keberkatan.
Bebalik kepada soalan yang diutarakan tadi, apakah ciri-ciri rezeki yang diberkati itu? .
Ciri-ciri rezeki yang diberkati itu, antaranya:
1) Beriman dan bertakwa. Iman dalam konteks mencari rezeki yang diberkati bermaksud, kita sebagai mukmin wajib percaya bahawa setiap rezeki yang diusahakan akan dibukakan oleh Allah S.W.T keberkatannya dari langit dan bumi.
Seperti Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
Tafsirnya:
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Surah Al-A’raaf, ayat 96).
Manakala takwa dalam konteks mencari rezeki yang diberkati bermaksud, selaku orang-orang yang bertakwa wajib percaya bahawa Allah S.W.T mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka kepada orang-orang yang bertakwa.
Sebagaimana Allah S.W.T berfirman:
Tafsirnya:
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (ayat 2 hingga 3, Surah At-Taalaq)
2) Menjadikan kerja sebagai ibadah: bekerja termasuk ibadah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
Tafsirnya:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az-Zaariyat, ayat: 56).
Nilai kerja akan menjadi sebagai ibadah dan berpahala, jika niat betul….jika matlamat betul….jika cara dan kaedah…perlaksanaan betul mengikut peraturan…akhlak islam dan hukum syara’.
3) Rezeki yang dicari halal :
Firman Allah S.W.T:
Tafsirnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Surah Al-Baqarah, ayat 168).
Sebagaimana sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam:
طلب الحلال واجب على كل مسلم
Maksudnya: “ Mencari rezeki yang halal adalah wajib atas setiap orang Islam.”
(Hr Ad-Dailami).
4) Bertambah dalam kebaikan dan kebajikan. Ini dapat diperhatikan dalam maksud berkat dari sudut bahasa:
البركة لغة : الزيادة فى الخير.
Contoh: 1) rezeki berkat: bertambah kuat dan tekun dalam beribadah khususnya
mengerjakan ibadah wajib dan sunat.
2) rezeki berkat: sepanjang umurnya penuh dengan ibadah.
3) rezeki berkat: harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan
seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan
akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Selasa, 19 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan