Ahad, 29 Mac 2009

SOLAT TIANG AGAMA

1) ERTI SOLAT

Menurut Bahasa Arab, solat ertinya ialah doa, manakala menurut istilah syara' pula ialah
menghadapkan jiwa dan raga kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam bentuk beberapa
perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam, serta
menurut cara-cara dan syarat-syarat yang ditentukan.

2) DALIL YANG MEWAJIBKAN SOLAT

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah serta sujudlah mengerjakan solat,
dan beribadatlah kepada Tuhan kamu dengan mentauhidkan-Nya, serta kerjakanlah
amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Surah Al-Hajj, ayat 77).

Dan dari Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Umar bin Khattab yang bermaksud:
Islam ialah bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah,
mengerjakan solat lima waktu, memberikan zakat, melakukan puasa pada bulan Ramadhan
dan menjalankan ibadah haji jika mampu.
(Hadis riwayat Muslim dari Umar bin Khattab)

Dari dalil-dalil di atas, jelaslah bahawa solat itu adalah diwajibkan kepada seluruh Umat
Islam, samada lelaki ataupun perempuan yang telah cukup syarat-syaratnya.

3) Azab orang meninggalkan solat fardhu disebutkan dalam KITAB AL JAUHAR AL MAUHUB WA MUNABBIHAT AL QULUB DISEBUT SEBUAH HADITS PANJANG, NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BERSABDA, MAKSUDNYA:

“BARANG SIAPA MEMPERMUDAH-MUDAHKAN DAN MERINGAN-RINGANKAN SEMBAHYANG, NESCAYA DISEKSA ORANG ITU OLEH ALLAH DENGAN 15 MACAM SEKSAAN :
• 6 DARIPADANYA IALAH SEKSA DI DUNIA.
• 3 KETIKA MATI
• 3 KETIKA DI DALAM KUBUR
• 3 LAGI KETIKA KELUAR DARI KUBUR.

ADA PUN 6 SEKSA KETIKADI DUNIA INI IALAH :

1. DITANGGALKAN, DICABUT BERKAT PADA UMURNYA.
2. DISAPU, DIPADAM ATAU DIHAPUSKAN OLEH ALLAH “TANDA ORANG SALIH” DARIPADA MUKANYA.
3. SEMUA AMALANNYA TIDAK DIBERI PAHALA.
4. DOANYA TIDAK DIANGKAT KE LANGIT ( TIDAK DIMAKBULKAN ATAU TIDAK MUSTAJAB )
5. BENCI DAN MARAH SEKALIAN MAKHLUK ALLAH DI DUNIA INI KEPADANYA.
6. TIADA BAHAGIAN ATAU SAHAM UNTUKNYA DARIPADA DOA ORANG-ORANG SALIH.

ADA PUN 3 SEKSA KETIKA MATI IALAH :

1. MATI DALAM HINA.
2. MATI DALAM KEADAAN AMAT LAPAR.
3. MATI DALAM KEADAAN HAUS DAN DAHAGA. SEKIRANYA DIBERI MINUM AIR SEMUA LAUTAN DI DUNIA INI PUN TIDAK AKAN DAPAT MENGHAPUSKAN DAHAGANYA.

ADA PUN 3 SEKSA DI DALAM KUBUR IALAH :

1. DISEMPITKAN OLEH ALLAH KUBURNYA SEHINGGA BERSELISIH TULANG-TULANGRUSUKNYA.
2. DINYALAKAN API, SEHINGGA BERBELIT-BELIT DIA DALAM BARA API SIANG DAN MALAM.
3. DIAZAB DIA OLEH ALLAH DENGAN ULAR BESAR NAMANYA SYUJA’ AL-AQRA’. DUA MATANYA DARIPADA API DAN KUKUNYA DARIPADA BESI. SUARANYA PULA SEPERTI HALILINTAR. DIA BERKATA : “AKULAH SYUJA’ AL-AQRA’, DIPERINTAH OLEH TUHANKU MEMUKULMU KERANA ENGKAU MENSIA-SIAKAN SEMBAHYANG SUBUH HINGGA KE ZUHUR, DAN AKU PUKUL ENGKAU KERANA MENSIA-SIAKAN SEMBAHYANG ZUHUR HINGGA KE ‘ASHAR, DAN AKU PUKUL ENGKAU KERANA MENSIA-SIAKAN SEMBAHYANG ‘ASHAR HINGGA KE MAGHRIB, DAN AKU PUKUL ENGKAU KERANA MENSIA-SIAKAN SEMBAHYANG MAGHRIB HINGGA KE ‘ISYA’, DAN AKU PUKUL ENGKAU KERANA MENSIA-SIAKAN SEMBAHYANG ‘ISYA’ HINGGA KE SUBUH.” TIAP-TIAP SEKALI PUKUL, TENGGELAM DIA KE DALAM BUMI SEHINGGA 70 HASTA, KEMUDIAN DIKELUARKAN SEMULA DAN DIPUKUL LAGI. BEGITULAH DIBUAT OLEH SYUJA’ AL-AQRA SAMPAI HARI KIAMAT.
ADA PUN 3 SEKSA KETIKA KELUAR DARI KUBUR PADA HARI KIAMAT :
1. ALLAH TA’ALA MEMERINTAHKAN MALAIKAT AZAB UNTUK MENARIKNYA KE NERAKA.
2. ALLAH TA’ALA MEMANDANG KEPADANYA DENGAN PANDANGAN MURKA KETIKA DIA DIHISAB SEHINGGA JATUH DAGING-DAGING MUKANYA.
3. DIHISAB DIA DENGAN AMAT KERAS, MEMAKAN MASA YANG SANGAT PANJANG, KEMUDIAN BARULAH ALLAH MEMERINTAHKANNYA SUPAYA DIBAWA KE NERAKA IAITU SEBURUK-BURUK TEMPAT.

Jumaat, 6 Mac 2009

KASIH KEPADA RASULULLAH

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.
Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh. Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini. Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul? Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda. Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w. Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya."Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam. Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:
Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik. "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.
Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam. Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)
Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya. Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia."Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)
Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.
Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)
Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.
Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

(DIPETIK DARI WEBSITE WWW.HMETRO.COM.MY)

KELEBIHAN BERSELAWAT KEPADA HABIBUNA SYAIDUNA MUHAMMAD SALLAHU ALAIHI WASALLAM

Maksud Selawat:

Pada umumnya selawat adalah bermaksud memohon kepada Allah akan keberkatan atau kurnia rahmat yang khusu untuk Nabi Sallahu Alaihi Wasallam.

Siapakah Yang Harus Berselawat:

Orang yang berselawat kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam itu, bukan hanya orang-orang Islam bahkan para malaikat juga sering turut berselawat kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam iaitu berdoa kepada Allah agar berkenan memberi keberkatan kepadanya, manakala Allah yang memberi keberkatan kepada baginda dinamakan juga berselawat kepada Nabi Sallahu Alaihi Wasallam.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
Tafsirnya: "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."(Surah Al-Ahzab, ayat 56).

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Sebenarnya terdapat perbezaan di antara selawat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan selawat para malaikat kepada Nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Abu Al'Aliyah menafsirkan selawat Allah kepada Nabi Sallahu Alaihi Wasallam dengan Ats-Tsana' yang bererti pujian terhadap baginda. Sedangkan selawat para malaikat ditafsirkan dengan doa mereka untuk Nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Penafsiran ini ada disebutkan juga oleh Imam AL-Bukhari di dalam kitabnya Shahih Al-Bukhari.

Iman Al-Bukhari setelah menyebut tentang penafsiran Abu Al-'Aliyah, menukilkan pula penafsiran Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'Anhuma iaitu: Selawat para malaikat bererti memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar Dia memberikakan barakah kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam, sedangkan Selawat Allah kepada Nabi-Nya ditafsirkan dengan pengampunan dan kasih sayang.

Kelebihan Berselawat:

Berselawat untuk Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam bukan saja mendatangkan manfaat
kepada diri Nabi Sallahu Alaihi Wasallam, bahkan ia juga banyak memberi kemanfaatan kepada diri kita yang mengucapkan selawat.

1) Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:
" Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali."
(Riwayat Ahmad)

2) Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:
" Barangsiapa membaca selawat kepadaku sekali, maka Allah memberi kepadanya sepuluh rahmat, dan dihapus daripadanya sepuluh kejahatan serta Allah mengangkatnya sepuluh darjat." (Riwayat Imam Ahmad dan Imam Bukhari)

Ahad, 1 Mac 2009

MENCINTAI RASULULLAH SALLAHU ALAIHI WASALLAM

Sekarang kita sudah dalam bulan yang mana diputerakan seorang manusia yang paling agung, paling pemurah dan banyak lagi kemuliaannya sehingga apa saja perbuatan, percakapannya digunapakai dan dijadikan contoh oleh kita. Manusia yang paling kita sanjung dan maksudkan itu ialah Nabi Junjungan kita Muhamad Sallahu Alaihi Wasallam.

Setiap kali menatap dan membaca riwayat baginda, air mata mengalir tanpa disedari. Kerana apa begitu jadinya, ini kerana menghayati kehidupan baginda yang penuh pengorbanan dan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah Subhanahu Wa Ta'ala di muka bumi ini. Apa yang menarik di sini ialah sambutan keputeraan baginda setiap tahun diadakan, adakah setiap kita menghayati akhlak dan peribadi baginda yang begitu tinggi sehinggakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala memuji akhlak baginda yang begitu tinggi dan luhur itu.

Kenapa saya katakan demikian?. Ini kerana ada segelintir belia kita seolah-olah hilang panduan hidup dibawa harus kemodenan yang tidak berpasakkan Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Mana tidak pakaian dan imej mereka nauzubillah kadang-kadang kita tidak tahu belia itu beragama Islam ataupun tidak?

Sempena kelahiran Nabi junjungan kita Muhamad Sallahu Alaihi Wasallam, sama-samalah kita jadikan akhlak dan peribadi rasulullah sebagai budaya hidup kita bukan saja untuk hari ini tetapi hingga Hari Kiamat. Mudah-mudahan kita tergolong sebagai umat yang paling banyak mencintai dan mengasihi baginda Sallahu Alaihi Wasallam dengan menjadikan baginda sebagai Qudwah Hasanah.