Ahad, 1 Mac 2009

MENCINTAI RASULULLAH SALLAHU ALAIHI WASALLAM

Sekarang kita sudah dalam bulan yang mana diputerakan seorang manusia yang paling agung, paling pemurah dan banyak lagi kemuliaannya sehingga apa saja perbuatan, percakapannya digunapakai dan dijadikan contoh oleh kita. Manusia yang paling kita sanjung dan maksudkan itu ialah Nabi Junjungan kita Muhamad Sallahu Alaihi Wasallam.

Setiap kali menatap dan membaca riwayat baginda, air mata mengalir tanpa disedari. Kerana apa begitu jadinya, ini kerana menghayati kehidupan baginda yang penuh pengorbanan dan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah Subhanahu Wa Ta'ala di muka bumi ini. Apa yang menarik di sini ialah sambutan keputeraan baginda setiap tahun diadakan, adakah setiap kita menghayati akhlak dan peribadi baginda yang begitu tinggi sehinggakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala memuji akhlak baginda yang begitu tinggi dan luhur itu.

Kenapa saya katakan demikian?. Ini kerana ada segelintir belia kita seolah-olah hilang panduan hidup dibawa harus kemodenan yang tidak berpasakkan Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabi Sallahu Alaihi Wasallam. Mana tidak pakaian dan imej mereka nauzubillah kadang-kadang kita tidak tahu belia itu beragama Islam ataupun tidak?

Sempena kelahiran Nabi junjungan kita Muhamad Sallahu Alaihi Wasallam, sama-samalah kita jadikan akhlak dan peribadi rasulullah sebagai budaya hidup kita bukan saja untuk hari ini tetapi hingga Hari Kiamat. Mudah-mudahan kita tergolong sebagai umat yang paling banyak mencintai dan mengasihi baginda Sallahu Alaihi Wasallam dengan menjadikan baginda sebagai Qudwah Hasanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan