Ahad, 26 Julai 2009

AL-KISAH...

MENJADI SEORANG DAIE'
Hari ini (27 julai 2009) masuk 6 tahun 31 hari, saya menjadi daie'. Tak terasa dalam diam-diam, saya semacam serasi sudah dengan profesyen ini. Rasa seronok dalam berdakwah ini kadang-kadang membuatkan semangat diri untuk mencari ilmu sebanyak boleh semakin membara. Sememangnya menjadi daie' banyak dugaan dan cabarannya. Mana tidak, kita sentiasa menghadapi masyarakat. Kadang-kadang kalau kurang ilmu, kita tidak mampu menjawab kemusykilan mereka.
Ditambah lagi sekarang ini, kebanyakan kita memiliki ilmu yang tinggi dan menguasai bermacam-macam jenis ilmu. Ada yang tahu ilmu Sains, ilmu Kaji Bumi, ilmu Astoronomi, Ilmu Ict dan banyak lagi. Kadang-kadang soalan dari mereka ini, kalau tak pandai menjawab malu jadinya. Kadang-kadang mereka ini walaupun tidak ada background agama, tapi soalan mereka related(berkait-rapat) dengan bidang yang mereka ceburi. Sebagai contoh, Adakah bumi itu mengelilingi matahari atau matahari mengelilingi bumi? Cuba sebutkan dalilnya dalam Al-Quran Al-Karim?
Nah 2 soalan ini pun pening nak dijawab. Apatah lagi soalan lain yang berkaitan dengan kehidupan. Dulu sewaktu memberi kaunseling, ada yang tanya mengapa manusia macam-macam agamanya? mengapa mereka tak memilih ugama islam sebagai Agama anutan mereka.,sedangkan Agama Islam Agama hak, Agama penyelamat kehidupan Duniawi dan Ukhrawi.. Dan banyak lagi..
Kadang-kadang kalau tak terjawab, rasanya masih diri ini masih belum berilmu. Pendapat saya ilmu ini hendaknya ditambah setiap hari. Semakin banyak kita baca buku, semakin banyak ilmu kita dapat. Sekarang di zaman moden, ilmu ini senang dipelajari. kita boleh dapat ilmu pengetahuan dan maklumat semasa melalui internet. Senang saja tekan google dan taip di kotak carian..abis tu taip apa yang kita mahukan..contohnya perkataan ajaran sesat...maka akan keluar beberapa senarai web yang berkaitan dengan perkataan yang dicari.
Cukup senang.. tapi walaupun senang dan 'relax'..saya merasakan belajar dengan mualim(guru) yang muktabar ada juga baiknya. Selain dapat betanya dengan apa yang kurang faham, kita dapat mengaji ilmu secara terus kepadanya. Apatah lagi mualim yang datangnya dari timur tengah. Mereka ini bukan saja berilmu dengan ada sijl, tetapi mereka juga ada memiliki ilmu yang ada sanad dari syeikh(panggilan orang yang tinggi ilmunya) mereka. Biasanya ilmu yang ada sanadnya ini, mereka perolehi sewaktu bertalaqqi dengan syeikh mereka di masjid dan pondok sewaktu berada di negara timur-tengah.
Di zaman sekarang amat sukar terjumpa dengan orang yang memiliki ilmu yang ada sanad dan berijazah(ada keizinan) ini. Habis-habis kalau terjumpa pun secara kebetulan saja. Maksudnya kalau mereka ini dijemput untuk berceramah ke negara kita barulah ditemui. Masa itu barulah kita minta wirid yang mereka amalkan dan minta ijazah. Nah beginilah sikap kita terhadap orang alim dan kadang-kadang ada yang minta doakan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Sampai begitu sekali sikap mereka dan rasa hormat mereka terhadap orang alim.
Dulu sewaktu belajar di jordan, saya teringat kawan-kawan ada memaklumkan kepada saya: "siapa2 yang mahu bertalaqqi ilmu bolehlah datang ke masjid jamiah". Apabila mendengar demikian, datanglah saya ke masjid yang disebutkan. Sampai saja di sana, saya tengok semua budak-budak melayu ini menadah kitab di tangan sambil mendengar kuliah yang sampaikan oleh syeikh. Rasa malu juga melihat be'ah (persekitaran) begini, kalau di negara kita kan baik. Penuh masjid dengan orang-orang yang mencintai dan dahagakan ilmu.
Firman Allah Ta'ala yang tafsirnya: "Allah akan meninggikan oran-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." (Surah Al-Mujaadilah, ayat 11).
SAMBUNG BELAJAR
Hari ini (28 Julai 2009), saya telah terjumpa salah seorang pensyarah kami sewaktu universiti di salah sebuah gedung perniagaan. Pensyarah ini cukup terkenal dengan madahnya(subjeknya) 'Nahu Wazifi', Orangnya cool saja tapi kalau disuruh ceramah satu tajuk, kalau tidak suruh berhenti memang sampai malam jadinya. Itulah kehebatannya, sebab berkat ia mengaji ilmu dipondok dan sampai sekarang yang dipelajari masih ingat.
Dalam bertegur sapa itu, dia sempat menegur:"sekarang ni kat mana?".Saya pun berfikir dia tanya ni nak bergurau kah atau tanya betul ni. Lalu saya menjawab dengan penuh yakin: "saya kat dakwah kerja". "Dulu jadi imam betulkah", tanyanya lagi. Lalu saya jawab:"i-wah" (dalam bahasa arab) yang bermasuk: "Ya."
"Dan selepas ini saya sambung belajar", ujar saya. Dia tanya: "ambil jurusan usuluddin atau syariah?" saya jawab: "usuluddin". "saya sebenar nak sambung di 'Urdun'(jordan), tapi disebabkan keadaan sekarang masih ada wabak influenza A H1 N1, saya tak jadi sebab takut ditimpa musibah wabak tersebut",kata saya. "Sama saja", ujarnya. Fahaman saya belajar luar negeri atau dalam negeri sama saja, yang penting ia melanjutkan pelajaran. Mendengar kata-katanya itu semangat saya untuk melanjutkan pelajaran semakin kuat dan membara.
Dalam diam-diam saya terfikir, untuk apa saya belajar sedangkan sudah ada 'first degree'? kenapa perlu belajar di luar negeri sedangkan dalam negeri pun dah cukup ilmu saya?...macam-macam dalam kotak fikiran, nak buat inilah..nak ambil degree di bidang lainlah..dan macam-macam lagi.
Lalu sewaktu bangun pagi, saya berfikir lagi, kalau belajar tinggi-tinggi tidak diamalkan buat apa...saya fikir lagi:adakah saya belajar ini untuk dapat 2 increament (2 kenaikan gaji tahunan) atau supaya orang pandang kita orang yang berilmu...Astagfirullah(saya mengucap dan mohon ampun kepada Allah)...Sampai sekarang belum ada kata putus...saya takut tergolong sebagai orang riya'(suka nunjuk-nunjuk)...saya takut timbul rasa sombong dalam diri sebab ada ijazah master... Nauzubillah min zalik...Mudah-mudahan Allah meyelamatkan diri saya dan kita dari penyakit hati ini.
KEAJAIBAN DOA
Pada 30 Julai 2009(khamis), saya diarahkan memberi ceramah di salah sebuah masjid di luar bandar. Mula-mula amat berat juga untuk berceramah, kerana jarang sekali saya diarahkan berceramah. Tapi kerana ingatkan ia sebagai jihad...saya gagahi saja untuk terus menabur bakti melalui ilmu yang ada di dada. Memang untuk menjadi penceramah bukan senang, ia memerlukan banyak kesabaran dan ilmu.
Itu saya tak peduli, ceramah tetap diteruskan...perjalanan saya ke tempat itu lancar tanpa ada masalah. Yang menariknya, hujan tidak turun dan air tidak pasang tinggi sewaktu nak pergi dan balik. Seolah-olah saya didoakan supaya selamat...
Sesampai saja di rest house, saya diperiksa suhu badan, ternyata suhunya 33 celcius..Pemerisa suhu berkata:' sejuk' sambil kehairanan...Saya terkejut dengan kenyataannya..mana tidak saya bertolak dari bandar dalam hawa yang panas...tahu-tahu sampai di rest house sejuk..Masya Allah..
Selesai pemeriksaan, saya terus ke bilik yang sudah dibooking dan berehat sampai 5.30 petang. Dalam pukul 6.00 petang, driver datang menjemput saya untuk pergi ke tempat ceramah. Sampai di sana, saya baru 2 orang yang datang dan terus masuk ke dalam masjid. Saya pun terus solat tahiyyatul masjid dan terus menunggu azan solat maghrib berkumandang.
Selepas kami solat berjemaah maghrib dan solat hajat, ceramah pun bermula..Di antara isi ceramah, saya tekankan kewajipan menjaga solat fardhu lima waktu dan gambaran-gambaran yang dilihat oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam dalam peristiwa Isra' Mi'raj..dalam rancak berceramah mengenai solat dan isra' mi'raj,tiba-tiba saja tajuk saya melencong kepada tajuk keaiaiban doa..
Saya cuba menerangkan doa penting dalam kehidupan seorang mu'min dan disebutkan oleh Nabi Sallahu Alaihi Wasallam sebagai 'Silahul Mukmin'(senjata orang beriman). Disamping itu, saya juga menjelaskan bahawa doa ini dibaca bukan waktu susah saja dibaca, tetapi paling digalakkan juga ialah waktu senang. Kerana waktu senang, kita selaku manusia mudah terlena, alpa dan kadang-kadang terlupa untuk meminta pertolongan Allah melalui doa.
Inilah keajaiban doa, senang pun disuruh berdoa... susah pun disuruh berdoa..sihat pun disuruh berdoa supaya lebih sihat dan mampu melaksanakan ibadah yang disuruh oleh Ugama Islam.
Lebih utama sekarang ini...waktu kritikal..dengan wabak influenza A H1 N1...kita selaku rakyat dan jemaah yang sentiasa datang ke masjid,(termasuk yang berada dirumah) disuruh banyak2 berdoa supaya terhindar dari wabak dan malapetaka yang lain.
Inilah peranan kita selaku orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya...sentiasa ingat kepada kekuasaan Allah dan kehebatan kuasa Allah yang melebihi kuasa manusia...Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-segalanya termasuk kita selaku makhluknya serba kerdil di dunia ini..
RUQYAH JIBRIL
Pada 1 ogos 2009 (sabtu), saya diarahkan untuk berceramah di salah sebuah pasukan yang beruniform....tajuknya masih lagi berkisar tentang Isra' Mi'raj...tetapi saya cuba mengambil sedikit iktibar mengenai Nabi Muhammad dikejar oleh jin ifrit sewaktu awal-awal sekali bermulanya perjalanan baginda.
Untuk mengalahkan jin ifrit itu, baginda diajar oleh Sayidina Jibril Alaihi Salam satu doa yang panjang yang dikenali Ruqyah Jibril:
أعوذ بوجه الله الكريم وبكلمات الله التامات التى لايجاوزهن بر ولافاجر من شر ماينزل من السماء
ومن شرما يعرج فيها ومن شر ماذرأ فى الأرض ومن شر ما يخرج منه ومن فتنة الليل والنهار ومن طوارق الليل والنهار
إلا طارقا يطرق بخير يا رحمن
Yang maksudnya: " Aku memohon perlindungan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat mengatasi sama ada orang yang baik ataupun orang yang jahat daripada kejahatan yang turun dari langit dan daripada kejahatan yang naik ke langit dan daripada kejahatan yang bertebaran di bumi dan daripada kejahatan yang keluar darinya dan daripada kejahatan malam dan siang melainkan kebaikan jua yang dipinta Wahai Yang Maha Pemurah."
Doa ini amat bagus diamalkan 3 kali pagi&ptg sebagai pelindung diri dari gangguan jin dan syaitan. Memang perkara ini amat sukar dihindari, tapi sebagi hamba Allah rasanya tidak salah ada benteng untuk menangkis gangguan tersebut.
Saya juga berpesan kepada audiens, untuk sentiasa mengamalkan bacaan ayatul kursi (3 atau 7 kali selepas solat fardhu ),sebagai dinding dari gangguan jin dan sihir. Apabila saya terangkan amalan ini kepada mereka(audiens), mereka terkejut dan timbul sesalan kerana selama ini tidak pernah mengamalkannya... Selesai ceramah, ada yang mengucapkan terima kasih ustaz atas nasihat yang diberikan...ada yang minta 'copykan' (photocopy) Ruqyah Jibril itu...dan ada yang minta E-mail Ruqyah Jibril itu...dan banyak lagi permintaan mereka.
Selepas ceramah saya pun balik...semasa perjalanan balik... saya rasa puas dengan apa yang disampaikan dan bersyukur kepada ilahi kerana dapat berkongsi dan menabur ilmu Agama kepada Umat Islam...Mudah-mudahan Amal Salih(ceramah) saya ini, diterima sebagai Saham Akhirat kelak...Amin Ya Rabbal Alamin.
NISFU SYA'ABAN
Besok 5 ogos 2009(rabu), waktu maghribnya masuk 15 sya'aban 1430 Hijriah...kita raie'kan satu malam penuh rahmat iaitu dikenali sebagai malam nisfu sya'aban...Biasanya malam itu kita amalkan bacaan 3 kali yaasin...niat pertama: mohon panjang umur dalam mentaati Allah dan berdoa dengan doa nisfu sya'aban...niat kedua: mohon diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati dan berdoa dengan doa nisfu sya'aban...manakala niat ketiga: mohon dimatikan dalam iman (HusnulKhotimah) dan berdoa dengan doa nisfu sya'ban...
Nampaknya banyak amalan yang dibuat pada malam ini, kalau mereka tidak berapa 'masyie' (perkataan bahasa arab yang bermaksud mengikut ayat: serasi atau setuju)mereka akan rasa letih dan mudah berkata-kata(bahasa brunei bermaksud tidak ikhlas)...
Apapun, saya merasakan satu amalan yang selayaknya dibuat malam tersebut ialah berdoa...kerana malam ini dikabulkan doa kita...
sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam Syafie' dalam kitabnya Al-Umm:
" Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam jumaat, malam hari raya Adha, malam hari raya aidilfitri, malam pertama di bulan rejab dan malam nisfu sya'ban."
Disamping itu, mungkin ada di antara kita bertanya, adakah bacaan surah yaasin di malam nisfu sya'aban? ada sandarankah?
Di bawah ini di bawakan pendapat ulama:
"Al-Qasthalani menyebutkan dalam kitabnya Al-Mawahib Al-Ladunniyah, bahawa para Tabi'in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadah dengan bersungguh-sungguh pada malam nisfu sya'aban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Para Tabi'in tersebut menghidupkan malam nisfu sya'aban dengan 2 cara:
1) Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (Qiyamulail) untuk sembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
2) Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Melihat pada kenyataan ulama ini, dapatlah difahami bahawa cara kita sekarang ini menghidupkan malam nisfu sya'ban dengan membaca Al-Quran Al-Karim seperti membaca surah yaasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi'in itu. والله أعلم بالصواب
MENJELANG RAMADHAN
Alhamdulilah hari ini (19 Ogos 2009) hari khamis...di Brunei persiapan untuk menyambut ramadhan amat meriah sekali dengan laungan iklan di corong-corong radio bagaimana niat puasa di bulan ramadhan....Apabila mendengar setiap iklan-iklan itu, hati terdetik untuk memanjatkan doa untuk dipanjangkan usia supaya dapat bertemu bulan suci dan penuh rahmat...
Bukan itu saja, kalau boleh nak bacaan Al-Quran sebanyak-banyaknya...berzikir sebanyak-banyaknya...Qiyamulail nak buat setiap malam...Mudah-mudahan menguatkan hati dan jiwa sentiasa bertawajjuh dan taqarrub kepada ilahi...
Disamping itu, saya merasakan bulan ramadhan kali ini...saya akan bergelut dengan mempelajari madah yang diambil semester ini...walaupun nampak sikit bagi pandangan mata kasar...tetapi amat berat jika dibebani dengan beberapa bahas (assingment)...Nak eja bahasa inggeris pun susah dan belum tahu betul...maaf terkeluar topik...sambung lagi dengan ramadhan...
Bercakap kita tentang bulan pencuci dosa ini, kita harapkan biarlah ia bermakna dalam hidup kita selaku insan mukmin yang sejati...
Saya teringat satu hadis yang bunyinya lebih kurang seperti berikut:
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: " Sesiapa yang berpuasa kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka akan diampunkan akan dosanya yang terdahulu".
Makna hadis ini cantik...ia menyarankan kita supaya puasa yang dilakukan mencapai matlamat puasa hakiki iaitu puasa penghapus dosa dan puasa yang mana semua anggotanya berpuasa...lidah berpuasa dari mengata atau bercakap keji...mata berpuasa dari melihat perkara yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya untuk melihat...telinga berpuasa dari mendengar kata umpatan dan fitnah...dan banyak lagi..yang penting dalam kita berpuasa semua anggota lahiriah dan batiniah dijaga dari melakukan dosa dan maksiat...
PANGGILAN HAJI
Hari ini (22/10/2009, hari khamis) baru Ana ada masa kosong setelah abis imtihan nisfu pasal(dalam b.melayu peperiksaan setengah semester).. bukan imtihan nihae'(final exam)....Rasanya dah lama Ana tak up-dated blog ni...rasanya macam setahun tak up-dated...Al-maklum busy dengan kuliah dan assingment tak habis-habis lagi...sekejap doktor ni mahu ini .... sekejap kena ada presentation dan macam-macam lagi.....Ana buatlah mana yang mampu...Sebenarnya inilah lumrah alam orang menuntut ilmu...Apatu kata orang 'bergelumang dengan ilmu'...Mudahan-mudahan Ana ini menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat dan dimudahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala...'Amin Ya Rabb'
Ana lupa pulak dengan perbicangan kita dengan haji ni...sekarang dah sibuk musim haji..dan jemaah Brunei akan berangkat dalam bulan depan(November)...biasanya dinasihati ..umpamanya para jemaah haji disuruh menjaga permakanan, kesihatan diri, kebersihan diri dan disuruh banyak-banyak berdoa terhindar dari bala, merbahaya dan penyakit yang tidak diingini seperti influenza H1N1..kita doakan jemaah kita selamat dan sihat sepanjang mengerjakan ibadah haji...Sebenarnya nak bincang pasal haji ini tentu banyak nak dicakapkan soal falsafah haji, manasik haji, hukum-hakam haji dan banyak lagi..Ibadah haji memerlukan banyak pergorbanan harta dan persiapan mental dan fizikal kena ada...sebab itu, kita selalu dengan dengar orang dulu kata:"haji dulu di Brunei baru haji di mekah".Apa makna kata-kata ini, nampak simple tapi penuh makna...maknanya kita kena ada buat persiapan sebelum naik haji di mekah.. bukan persiapan kewangan saja perlu..tapi mesti ada persiapan rohani..apa persiapannya?, jiwa mesti bersih dengan banyak bertaubat dan banyak muhasabah diri serta memperbanyakkan amalan soleh, jaga solat fardhu lima, jauhi maksiat dan minta kepada Allah beri kita kesabaran yang kuat dan minta sentiasa sihat sepanjang berada di tanah suci...Sebenarnya ibadah haji banyak menguji kesabaran dan di sana kita disuruh banyak zikir, banyakkan solat sunat, banyakkan doa siang&malam, banyakkan baca Al-Quran dan kalau boleh banyak kali kita khatam membaca Al-Quran keseluruhannya.
Rasanya kalau ini kita buat sebagai jemaah haji...insya Allah haji akan mencapai kepada matlamatnya seperti sabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam lebih kurang nasnya :
الحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة
Yang mafhumnya:" haji yang mabrur itu, tiada ada balasannya melainkan syurga"..Allah Akhbar..besarnya pahala orang menunaikan haji ini.. tapi untuk dapat syurga kena sungguh2..bukannya main-main..maksud Ana: jaga ibadah haji ini jangan ada unsur dosa dan maksiat..mengeji orang...berbantah-bantah dan berkelahi antara satu dengan yang lain. Mudah-mudahan kita semua sama2 akan mendapat syurga yang dijanjikan itu..Amin Ya Rabbil Alamin.
SERONOKNYA MENUNTUT ILMU
Hari ini (khamis, 13-5-2010) adalah hari yang paling seronok kerana dah abis Imtihan Fasal Sani(Semester Dua)..Gembira sebab tak perlu imtihan dengan madah yang banyak...selepas ni ana perlu buat Kitabatul Bahts(Tesis) n Hifzul Quran saja..Tak perlu masuk muhadarah lagi..
Ana merasakan sepanjang Fasal Sani ini, banyak ilmu ditimba dan dapat membantu Ana dalam kerjaya sebagai penceramah...Antara ilmu yang Ana dapat: Ilmu Dirasat Fi Kutub As-Sunnah..
Walaupun muqararnya dalam 5 buah kitab ilmu Hadis n Ta'kban(letih) dalam memahaminya...Ana enjoy kerana dapat mengetahui secara mendalam manhaj Ulama2 Hadis dalam menyusun kitab mereka. Dari Manhaj Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmidzi, Imam Abu Daud, Imam Thabarani dan banyak lagi.
Sebenarnya apabila mempelajari ilmu hadis sebegini, Ana merasakan seolah2 hidup sezaman dengan ulama2 hadis ini. Ini kerana Ana mempelajari Sirah hidupnya, Sifatnya, Gelarannya dan banyak lagi. Bukan itu saja Ana merasakan seolah-olah mereka ini berada di hadapan Ana.
Maaf Ana...Bukan nak berlebih-lebih dalam perkara ini...kadang-kadang airmata mengalir tidak semana-mana mengingatkan ketekunan mereka dalam menyusun Kitab2 Hadis. Sebagai contoh: Cuba kita renung Imam Bukhari setiap kali menulis hadis dalam Kitab Shahihnya ia solat sunat dua rakaat. Bukan itu saja, diriwayatkan ia buat semua itu(menulis hadis dalam Kitab Shahihnya) di dalam masjidil haram. Masya Allah. Tak nampak berkatnya? Ana nampak berkatnya...Di Rumah Allah..Di Kota Suci..Di dalamnya ada telaga Zam-Zam...Ada Ka'abah(Qiblat kita waktu solat)..Ada orang Tawaf di dalamnya..Ada orang baca Quran, Zikirullah..Ada Safwa dan Marwah...Dan banyak lagi..Allahu Akhbar...
Belum lagi Ana bincang madah Ihjazul Ilmi Fil Quran..Madah ini pun Ana ambil dalam Fasal Sani (Semester Dua)...Ini pun seronok sebab ia membincangkan keagungan ayat2 yang ada dalam Al-Quran-Al-Karim. Sebagai contoh kejadian manusia bermula dari علقة (air mani) kemudian berkembang proses ثم أنشأنه خلقا آخر
(Proses janin mula bergerak dan dituip rohnya untuk hidup) iaitu ketika janin berumur 4 bulan menurut Al-Imam Nawawi..
(untuk detail proses kejadian manusia ini sila rujuk surah An-nur kalau tak silap)
Sebenarnya setiap ayat dan kalimah Al-Quran Al-Karim terkandung pengajaran dan rahsia yang banyak bagi siapa yang mahu memikirkannya.
Mudah-mudahan kita tergolong umat yang sentiasa dahagakan ilmu Agama Islam dan sentiasa mengajarkannya kepada orang lain. Amin..
YA ALLAH JADIKAN AKU ORG YG BERJAYA
Alhamdulilah hari ini (sabtu, 19/6/2010)...natijah imtihan fasal sani keluar...Mula2 mendengar berita ini tak percaya..tapi hati tak sedap hati terus jalan ke jamiah...Sampai di sana macam2 memek muka kelihatan..ada yang termenung(tak tau apa sebabnya mungkin natijah tak memberangsangkan)...ada yang tersenyum(mungkin gembira dapat score tinggi)..
Semua itu dibiarkan bermain dikepala..keperluan hati terus mendesak..al-maklum saja tak tahu nasib badan..sampai di fakulti, Ana terus tanya ada dah slip natijah..kerani fakulti terus memberi tanpa soal dan berkata:"bukalah"..Tapi Ana balas: "takut tak berani buka, kat rumah saja buka."
Selepas tu Ana terus keluar bilik dan terserempak dua dr (satu arab-jordan n satu kacukan melayu-arab yamani)..salah seorang menegur dalam bahasa arab:" maza tafhal ya sheikana?" Ana jawab: "natijah imtihan".Mereka berdua membalas: "Shuup(lihat)".Ana kata: "Ana Akhap(saya takut)". Tanpa banyak soal mereka suruh bagi Kashpun-Natijah..lalu Ana terus beri..Salah seorang dr (melayu-arab yamani) menasihatkan : "jgn takut insya allah Enta lulus dan layak buat tesis master"...Apabila mereka buka..Ana rasa ketakutan dan hati berdebar-debar.
"Mabruk ya syeikana..Enta najih"..Apabila mendengar terus Ana ucapkan alhamdulilah(syukur tuhan telah memberkati usahaku selama ini),...Allahu Akhbar...Allahu Akhbar..Allahu Akhbar...Wa lillah hil hamd.. Ya Allah jadikan aku org yang berjaya dgn cemerlang..Amin Ya Rabb.

Isnin, 20 Julai 2009

TAZAKKUR

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT:

1) Muafakat dari perkataan bahasa Arab
وافق – يوافق – موافقة
(Persetujuan)

2) Menurut Kamus Dewan
(Edisi 1996):
Muafakat bermaksud:
1) setuju, seia sekata.
2) sesuatu yang dipersetujui,
penyataan setuju, persetujuan.
3) perundingan, pembicaraan, permesyuaratan.
4) berunding (bermesyuarat) dengan.
5) seia, sepakat.

3) Berkat menurut Bahasa Arab:
البركة لغة: الزيادة فى الخير.
(Bertambah dalam kebaikan)
Menurut Kamus Arab Al-Mawrid:
berkat bermaksud rahmat, restu, untung baik, makmur, baik yang berterusan, baik yang melimpah-ruah, kebahagiaan.
4) Menurut Kamus Dewan
(Edisi 1996):
Berkat bermaksud: rahmat, restu, sempena.

KEPERLUAN MEMBENTUK BELIA ‘INSAN CEMERLANG’
ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
1) SIAPA BELIA:
BELIA BERMAKSUD MUDA BELIA, SANGAT MUDA, GOLONGAN MUDA SECARA KESELURUHANNYA YANG TERDIRI DARIPADA PEMUDA DAN PEMUDI.
(KAMUS DEWAN, 1994)
2) UMUR BELIA:
PBB: 15-25 THN
COMMONWEALTH YOUTH PROGRAMME: 18-35 THN
BRUNEI: 15-35 THN
3) SLOGAN BELIA:
1) BELIA HARAPAN BANGSA
2) BELIA HARI INI, PEMIMPIN HARI ESOK
4) KENAPA PERLU DIBENTUK MEREKA INI MENJADI ‘INSAN CEMERLANG?
1) KERANA BELIA UMPAMA BERLIAN. PELBAGAI HARAPAN DAN CABARAN BERTUMPU PADA MEREKA.
2) KERANA BELIA PENERUS DAKWAH ISLAM.
3) KERANA BELIA PEMBANGUN UMMAH

5)CIRI-CIRI BELIA ‘INSAN CEMERLANG:
1) TEGUH IMAN DAN TIDAK MUDAH GOYAH.
2) KEIKHLASAN YANG BENAR, BUKAN BERPURA-PURA .
3) KEMAHUAN YANG KUAT, TIDAK KENAL TAKUT DAN GENTAR.
4) KERJA KERAS TIDAK KENAL LELAH.
5) BERKORBAN DEMI MENCAPAI KEMENANGAN.
6) KESIMPULAN:
Renungilah kata-kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi:
Perlu segera disedari, bahawa pemuda kebangkitan Islam adalah generasi termahal dan paling berharga yang terdapat di negeri-negeri kaum Muslimin. Dalam khutbah Aidil Adha di Iskandariah, Mesir, beberapa tahun yang lalu, saya tegaskan kepada jemaah, ‘sesungguhnya yang termahal di Mesir bukanlah kapas, minyak dan Terusan Suez, tetapi para pemudanya.’
Pemuda mukmin yang lurus merupakan potensi termahal dalam masyarakat. Mereka adalah kekayaan masyarakat yang sebenarnya, mereka tabungan masa depan ummah. Oleh kerana itu, sewajarnya kita memberi perhatian yang besar kepadanya. Jika anda meninggalkan mereka, maka dengan siapa lagi mereka mahu membangun dan memajukan ummah.








Khamis, 9 Julai 2009

MENGHALUSI KEFAHAMAN AQIDAH 'AJARAN SESAT'

PENDAHULUAN
Umat Islam pada masa ini sedang menghadapi berbagai-bagai cabaran, khasnya cabaran yang boleh mengancam keselamatan akidah umat Islam sendiri.
Kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah islamiah ini bukanlah satu perkara baru. Ia bermula sejak zaman sahabat iaitu semasa permulaan wafat junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Pada masa itu telah lahir beberapa orang yang mengakui dirinya menjadi nabi selepas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu, iaitu seperti Musailamah al-Kazzab di Yamamah, Talihah al-Asady dari Kabilah Bani Assad dan al-Aswad al-Unusi di Yaman.
Jika kita tinjau masalah ajaran sesat ini, ia bukan saja lahir dalam masyarakat umat Islam, bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal agama mereka, seperti mana yang kita lihat dilakukan oleh David Koresh, Jim Jones, Kuil Matahari (Solar Temple), Aum dan lain-lain.
Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali dari menerima penyebaran ajaran sesat yang dibawa oleh orang-orang perseorangan atau golongan-golongan yang tertentu. Tidak banyak bahan yang boleh dijadikan rujukan untuk menjejaki secara tepat bila ajaran-ajaran sesat mula masuk ke negara ini. Walau bagaimanapun kajian menunjukkan pada tahun 1960-an beberapa ajaran sesat telah mula bertapak di Negara Brunei Darusssalam. Ajaran-ajaran sesat tersebut bukanlah berasal dari negara ini tetapi dibawa masuk oleh warga asing.

DEFINISI AJARAN SESAT:
Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah waljamaah.

KRITERIA-KRITERIA AJARAN SESAT
* Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara yang bertentangan dan tidak selaras dengan aqidah Ahli Sunnah Waljamaah seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci Al-Qur’an, mempercayai adanya kiblat lain selain dari Ka’abah dan seumpamanya.* Mempertikaikan kebenaran Al-Qur’an dan/atau Al-Hadis.* Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan diri sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa Alaihissalam, Imam Mahdi Al Muntazar atau lain-lain.* Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.* Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal -jamaah seperti memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih daripada empat.* Mengadakan bida'ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah seperti menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, tidak perlu berpuasa Ramadan, menunaikan fardu haji ke tempat lain dan seumpamanya.* Mentafsir dan menghuraikan Al-Qur’an dan/atau Al- Hadis mengikut sesuka hati.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT
* Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.* Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Al Mahdi.* Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarekatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.* Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.* Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.* Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.* Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui Nikah Batin.* Mengaku Allah menjelma di dalam diri.* Memansuhkan syari'at Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syari'at baru @ menganggap bila sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syari'at.* Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat lain.

GOLONGAN YANG MUDAH TERPENGARUH DENGAN AJARAN SESAT
* Mereka yang kurang mendalami ilmu agama.* Mereka yang suka merujuk kemusykilan-kemusykilan agama kepada orang yang bukan di dalam bidang tersebut.* Ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan beragama dengan cara yang cepat dan mudah.* Mereka yang terpengaruh dengan kebendaan, kedudukan dan seks.* Mereka yang terpengaruh dengan perkara-perkara luar biasa tanpa dapat membezakan di antara keramat, sihir dan istidraj.

BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT
Terdapat tiga bentuk ajaran sesat yang terdapat di negara ini.
* Bentuk Ajaran Baru.
* Bentuk Tarekat.
* Bentuk kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung dengan perkara mistik dan perbomohan.

i Bentuk Ajaran Baru
* Ajaran yang direka oleh seseorang guru menggunakan pelbagai nama seperti Baha’iyyah, Qadiani dan lain-lain lagi. Isi kandungan ajaran ini kebanyakannya diambil dari berbagai-bagai fahaman agama.

ii Bentuk Tarekat
* Biasanya mereka menggunakan nama tarekat yang termasyur seperti Tarekat Naqsyabandiah, Tarekat Ahmadiah dan sebagainya. Guru-guru yang terlibat menggunakan cara yang berbeza dari tarekat asal ataupun berlaku pengubahsuaian. Ada juga di antara mereka menjadi pengasas tarekat baru saperti Tarekat Abdul Razak dan Tarekat Mufarridiyah.

iii Bentuk kepercayaan dan amalan tradisi
* Bentuk ini memang lumrah di kalangan masyarakat Melayu Islam.
* Amalan ini mengandungi unsur pemujaan tempat-tempat yang dianggap keramat, pemujaan terhadap orang-orang atau kubur-kubur yang dianggap wali.
* Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui seni mempertahankan diri dan bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu daripada mimpi ataupun orang halus melalui amalan menurun.

* Beberapa Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam:
* Tarekat Mufarridiyah.
* Ajaran Qadiani.
* Ajaran Bahai/Baha’iyyah.
* Ajaran Abdul Razak.
* Ajaran Saihoni bin Tasipan.
* Kumpulan Al-Arqam.
* Ajaran Al-Mau’unah

1)Ajaran Babiyyah atau Baha’iyyah(Guru : Mirza Muhammad Ali dan Mirza Hussien Ali)
* Mendakwa menerima wahyu Allah dan mendapat kitab AL-BAYAN.
* Konsep penyatuan semua agama di dunia kepada satu agama sahaja iaitu Agama Bahai.
* Mendakwa sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar.
* Mendakwa sebagai Rasul.

Telah difatwakan orang-orang yang berpegang dengan ajaran ini dihukumkan kufur dan murtad keluar dari Islam dan tidak termasuk dalam bilangan orang zimmi oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada bulan Ogos 1970.

2)Ajaran Qadiani
(Guru : Mirza Ghulam Ahmad Qadiani, India)
* Mengaku sebagai Nabi dan Rasul dan menerima wahyu Allah.
* Mendakwa Nabi Isa Alaihissalam dibangkitkan dari kuburnya dan berhijrah ke Kasymir.
* Mendakwa roh Nabi Isa Alaihissalam dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah masuk ke dalam jasad pengasas.
* Mengubah dan memindah kedudukan ayat Al-Qur’an.
* Memansuhkan kewajipan jihad.Telah difatwakan sebagai ajaran yang terkeluar dari ajaran islam dan dihukumkan murtad dan bukan tergolong ahli zimmi oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada 22 Ogos 1970.

3)Tarekat Mufarridiyah
(Guru : Syeikh Muhammad bin Makmun)* Mendakwa ada Malaikat Karakaz dan Karanaz dan boleh bertawassul denganya.* Mendakwa dapat menentukan kubur wali-wali Allah.* Mengaku sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar.* Mendakwa Syeikh Makmun sebagai Jesus dan bapa segala manusia bagi orang yang tiada agama.Telah difatwakan sebagai kufur dan sesat serta bertentangan dengan ajaran Islam oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1979.

4)Silat Lintau
(Guru : Ishak bin Hassan, Malaysia)* Mendakwa Allah menjadikan manusia kerana Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.* Mendakwa zat Allah merasuk ke dalam diri mereka (dia dan pengikut) ketika mengangkat takbiratulihram.* Mendakwa ada empat kiblat sembahyang menurut hakikat : Ka’abah, kiblat dalam sembahyang, kiblat dalam diri dan kiblat kepada Allah.Telah difatwakan sebagai topeng dalam meyebarkan ajaran sesat dan kufur kepada orang Islam oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada 27 Oktober 1980.

5)Kumpulan Al-Arqam
(Guru : Haji Asy'ari bin Muhammad)
* Mendakwa Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati tetapi ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar.
* Beramal dengan Majlis YAQAZAH yang didakwa dihadiri oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat.
* Pengikut boleh meminta tolong kepada Syeikh As-Suhaimi dengan menyeru namanya.Ajaran ini telah diharamkan kewujudannya secara rasmi di negara ini oleh Majlis Ugama islam Brunei (MUIB) yang bersidang pada 12 Januari 1991 bersamaan 26 Jamadilakhir 1411.Pengharamannya telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan pada 27 Rejab 1411 bersamaan 12 Februari, 1991.Persatuan dan Pergerakan Al-Arqam telah diisytiharkan haram oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi Persatuan haram menerusi warta Kerajaan Brunei Darussalam Bil: 190 bertarikh 28 Februari 1991 di bawah Akta penggal 66.

6)Ajaran Abdul Razak bin Muhammad
(Guru : Abd Razak bin Hj Muhammad - Gombak, Selangor).
* Mendakwa dapat menghadirkan roh.
* Mendakwa penjelmaan zat Allah dalam jasad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
* Mengaku sebagai wali Allah dan berjumpa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.MUIB yang bersidang pada 10 Syaaban 1414 bersamaan 22 Januari 1994 telah memutuskan supaya ajaran Abdul Razak Muhammad diharamkan dan diwartakan sebagai Ajaran-ajaran Salah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah waljamaah dan pada 15 Jamadilakhir 1423H/24 Ogos 2002M telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Bahagian IV, Naskah LII Bil: 18, Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada Ogos 2002. Ajaran tersebut juga diharamkan di bawah Akta Persatuan-Persatuan Penggal 66 dalam Warta Kerajaan No. 144 bertarikh 25 Zulkaedah 1415 bersamaan 25 April 1995.

7)Ajaran SAIHONI BIN TASIPAN
(Guru : Saihoni bin Tasipan - Johor)
" Mendakwa boleh memanggil roh"
" Mendakwa tahu pintu langit terbuka"
"Mendakwa mengetahui siapa wali Allah di Brunei"
" Mendakwa mengetahui perkara sulit / ghaib"

Ajaran ini diwartakan sebagai Ajaran-ajaran Salah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan pada 15hb Jamadilakhir 1423H/24hb Ogos 2002M telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Bahagian IV, Naskah LII Bil: 18, Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77

8)Ajaran Pertubuhan AL-MA'UNAH(Guru : Md Amin bin Razali - Perak)
" Menggunakan tangkal dan azimat"
" Menggunakan kuasa ghaib" Perbomohan Ajaran ini diwartakan sebagai Ajaran-ajaran Salah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada Ogos 2002.

USAHA-USAHA MENGATASI PENYEBARAN AJARAN SESAT
Dalam usaha mengatasi penyebaran ajaran sesat Bahagian Kawalan Akidah telah bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan melalui pelbagai program yang bertujuan bagi mengembalikan mereka kepada akidah yang sebenar.

Antara usaha yang dilakukan ialah dengan:
" Menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di institusi-institusi pelajaran formal dan tidak formal "
" Mennghalang kemasukan kitab-kitab yang dikenalpasti mempunyai unsur-unsur penyelewengan atau yang dijadikan sumber kepada penyelewengan akidah "
" Mengadakan ceramah-ceramah "
"Menerbitkan buku dan risalah yang berkaitan dengan akidah "
"Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran salah " "Pelaksanaan undang-undang secara bersepadu dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain akan terus dilakukan terutama yang melibatkan penguatkuasaan dan pendakwaan di Mahkamah Syariah
" Pemulihan akidah melalui perbincangan agama.Pengetahuan ilmu agama yang mantap dan jatidiri yang teguh akan dapat mengelak individu dari terjebak. Selain itu sifat prihatin dan peka masyarakat terhadap suasana sekeliling akan dapat mencegah dan membanteras pada peringkat awal sebelum ia merebak. Diharapkan semoga umat Islam tidak jauh terpesong dari ajaran Islam yang suci dan seterusnya dapat mengatasi setiap persoalan dan masalah yang berkaitan dengan akidah yang timbul dari masa ke masa.

AKTA MAJLIS UGAMA ISLAM DAN MAHKAMAH-MAHKAMAH KADHI PENGGAL 77 PINDAAN 1984, YANG BERKAITAN DENGAN AJARAN SESAT
SEKSYEN 186- Melaksanakan upacara atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak- HUKUMAN - Penjara 3 bulan atau denda $2,000SEKSYEN 188- Mencetak/ Mengeluar/ Menjual/ Membawa mana-mana kitab ugama yang bertentangan dengan hukum syarak- HUKUMAN - Penjara 6 bulan atau denda $4,000 dan buku/dokumen akan dirampas.

ANCAMAN AJARAN SESAT
Sudah nyata pada pandangan umum, bahawa ajaran-ajaran sesat ini telah membawa dan boleh membawa kepada beberapa akibat dan ancaman kepada agama dan keamanan negara. Antara akibat-akibat ancaman itu ialah;
1. Ajaran-ajaran sesat ini telah menarik sebahagian masyarakat untuk menyertainya. Keraguan timbul apabila para pengikutnya menyerahkan segala persoalan kepada syaikhnya. Apa yang dilakukan oleh ketuanya tidak boleh dipersoalkan walaupun kelakuannya bertentangan dengan syari'at Islam. Ini menyebabkan mereka fanatik terhadap kumpulannya. Lama kelamaan mereka akan membentuk satu kumpulan militan yang sanggup berkorban demi untuk ketuanya. Kecenderungan kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini melakukan kegiatan-kegiatan subversif dan agresif bukan saja berlaku dalam negara-negara Islam tetapi berlaku juga di negara-negara bukan Islam seperti Amerika, Perancis, Britain, Jepun dan lain-lain. Ini dapat dilihat pada apa yang dilakukan oleh pengikut-pengikut David Koresh, Jim Jones, Aum dan lain-lain.
2. Pegangan umat Islam di Brunei Darussalam adalah berdasarkan kepada Mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah di mana al-Qur'an, Sunnah, Ijma' dan Qiyas merupakan asas dalam pembentukan hukum negara. Maka sekiranya idea-idea baru yang dibawa oleh penganut-penganut ajaran sesat termasuklah Gerakan Anti Hadis ini tersebar, maka akan mencetuskan pertentangan hebat di kalangan umat Islam yang berkemungkinan besar membawa kepada pertelingkahan dan pertumpahan darah.
3. Apabila salah seorang ahli keluarga memasuki sesuatu kumpulan ajaran sesat, maka berlakulah keretakan dalam rumahtangga dan keluarga, terutamanya jika tidak mendapat sokongan ahli keluarga yang lain. Ini terjadi apabila dia sering menghabiskan masa dan hartanya untuk kumpulannya sehingga mengabaikan urusan keluarga. Hal ini berlaku kepada pengikut kumpulan al-Arqam dan lain-lain. Ahli kumpulan ajaran sesat ini juga biasanya tidak mahu bergaul dengan ahli keluarga dan sahabat handai yang bukan menjadi ahli ajaran yang diikutinya. Ini akan menimbulkan kesulitan dan akhirnya membawa kepada keretakan keluarga.
4. Setiap ahli ajaran sesat mempunyai ikatan yang kuat dengan guru dan pengikut-pengikut yang lain. Mereka memupuk persefahaman dan ikatan yang teguh sehingga mewujudkan kelompok tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila ada di antara ajaran tersebut tidak membenarkan berkahwin dengan orang yang bukan dari ahli. Ini menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat.

LANGKAH MENGELAK DARI TERJEBAK AJARAN SESAT

1. Sentiasa berpegang kepada 4 sumber hukum:
a. AL QURAN
b. AL HADITH
c. IJMAK ULAMA
d. QIAS

2. Belajar dan merujuk segala kemusykilan agama kepada guru-guru yang muktabar

3. Meneliti sakhsiah (latar belakang) guru

4. Mengelak dari mengikuti ajaran yang disampaikan secara sulit dan di tempat terpencil
"SESUNGGUHNYA AKU TELAH TINGGALKAN PADA KAMU DUA PERKARA TIDAK AKAN KAMU SESAT SELAMA KAMU BERPEGANG DENGAN KEDUANYA: IAITU KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA" - RIWAYAT IMAM MALIK.

(SUMBER: BAHAGIAN KAWALAN AQIDAH, JABATAN HAL EHWAL SYARIAH, KHEU).

DASAR IKTIKAD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Ahli Sunnah Wal Jama’ah telah ijma’ dan sepakat mengatakan bahawa dasar I’tikad mereka ialah :
1.Alam iaitu tiap-tiap lain daripada Allah itu baharu.
2.Wajib wujud adanya Allah subhanahu wata’ala.
3.Tiada siapa yang menjadikan sesuatu melainkan Allah.
4.Allah subhanahu wata’ala itu qadim kekal selama-lamanya.
5.Allah subhanahu wata’ala itu bersifat dengan sifat-sifat ilmu ( mengetahui ), kudrat ( berkuasa ), dan lain-lain sifat kesempurnaan bagi Allah Ta’ala.
6.Tidak ada sesuatu yang serupa dengan Allah. Tiada ada lawan bagi Allah dan tiada sebaya bagi-Nya.
7.Tiada Allah subhanahu wata’ala bertempat di mana-mana tempat.
8.Tidak ada sesuatu yang baharu ada pada zat Allah subhanahu wata’ala.
9.Allah subhanahu wata’ala itu tiada mengambil sesuatu ruangan yang lapang, dan tiada pada sesuatu pihak, tiada dikatakan bergerak, berpindah tempat, jahil,bodoh, bohong dan tidak ada sesuatu pun sifat kekurangan boleh disandarkan kepada Allah subhanahu wata’ala.
10.Allah subhanahu wata’ala itu boleh dilihat oleh orang-orang mu’minin di akhirat kelak.
11.Apa yang Allah subhanahu wata’ala kehendaki nescaya ia akan berlaku dan apa yang Dia tidak menghendaki maka tiadalah ia akan berlaku.

12.Allah subhanahu wata’ala itu terkaya dari tiap-tiap sesuatu dan tiada berhajat pada sesuatu.
13.Tidak wajib ke atas Allah subhanahu wata’ala untuk membuat atau meninggalkan sesuatu.
14.Allah subhanahu wata’ala membuat sesuatu tiada dengan tujuan mendapatkan faedah dari sesuatu itu.
15.Tiada sesiapa yang menjadikan hakim memerintah Allah subhanahu wata’ala.
16.Tiadalah boleh dikatakan pada apa yang dibuat atau dihukum Allah itu sesuatu perkara zalim, aniaya dan menyeleweng.
17.Allah subhanahu wata’ala itu tiada bersuku-suku dan tiada ada bagi-Nya had, batasan, perenggan dan sempadan.

Rabu, 17 Jun 2009

KETENTUAN LAILATUL QADR

Sebagaimana diketahui Lailatul Qadr (Malam Qadar) adalah satu malam yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala hanya kepada Umat Nabi Muhamad Sallahu Alaihi Wasallam. Sesungguhnya malam ini, menurut ulama berlaku setiap kali menjelang Ramadan . Jadinya amat beruntunglah jika seorang hamba Allah itu sentiasa beramal ibadah setiap malam bulan Ramadan. Ingatlah, jika beramal bertepatan dengan malam tersebut, bererti ia seolah-olah beribadah seribu bulan.

Rebutlah peluang yang sedia ada itu dengan sebaik yang mungkin. Kerana sesungguhnya malam ini mengandungi keberkatan yang teramat besar sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:
“ Sesungguhnya kami telah telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam lailatul Qadr itu? Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 1-5).

Dalam ayat ini, dapatlah difahami bahawa lailatul Qadr(Malam Qadar) merupakan malam yang berkat dan turun di dalamnya rahmat Allah berupa pengabulan doa hamba-hamba-Nya.

Demikianlah diantara kelebihan malam tersebut secara ringkas. Seterusnya, mari kita bincangkan ketentuan Lailatul Qadr. Sebelum itu, kita terangkan dulu perkara-perkara yang ada hubung-kaitnya dengan tajuk di atas.

1. Sebab dinamakan Lailatul Qadr

Sebahagian ulama berpendapat bahawa sebab malam itu dinamakan Malam Qadar adalah kerana pada malam tersebut Allah mentakdirkan umur setiap manusia dan rezeki mereka, iaitu Allah menampakkan kepada para malaikat yang diutuskan mengurus keadaan makhluk apa yang Allah tetapkan untuk tahun itu, iaitu dari Lailatul Qadr sampai Lailatul Qadr yang akan datang.




2.Keistimewaan Lailatul Qadr

Memang keistimewaan Lailatul Qadr tidak dapat diragukan lagi. Perkara ini dapat kita fahami menerusi tafsiran Surah Al-Qadr dari 1-5. Di antara keistimewaannya seperti berikut:
1. Malam diturunkan Al-Quran Al-karim.
2. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
3. Malam Malaikat Jibril Alaihissalam.
4. Malam penuh kesejahteraan.
Sebahagian ulama mengatakan bahwa bilangan malaikat yang berada di bumi pada malam itu adalah lebih banyak dari pasir. Pada malam itu Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerima taubat setiap orang yang bertaubat dan dibuka semua pintu langit bermula dari terbenam matahari hingga ianya terbit kembali.

3 .Hikmah Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengadakan Lailatul Qadr (Malam Qadar)

Ada beberapa hikmah Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengadakan Lailatul Qadr di dalam bulan Ramadan. Di antaranya:

1) Allah Subhanahu Wa Ta’ala Maha Pengasih dan Maha Penyayang memberi balasan dan ganjaran yang istimewa bagi hamba-hamba-Nya yang taat dan ikhlas melaksanakan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.
2) Untuk mendorong hamba-hambaNya supaya tekun mengerjakan ibadah malam kerana mengharapkan keredhaan-Nya.
3) Untuk memperlihatkan kekuasaan, ketinggian, kebesaran dan keagungan-Nya kepada hamba-hamba-Nya.
4) Untuk melipatgandakan balasan dan ganjaran kepada para hamba-Nya yang sanggup menghidupkan malam dengan berbagai amalan soleh.
5) Untuk membolehkan para hamba-Nya memperoleh taufik dan hidayah kerana sentiasa berfikir mencari kebenaran.
6) Untuk membuktikan bahwa Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak akan melupakan janji-Nya kepada para hamba-Nya dengan mengurniakan rahmat yang amat besar dan keberkatan yang luas yang lebih baik dari 1000 bulan.

4) Hikmah kenapa Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahsiakan bila terjadinya Lailatul Qadar?

Antaranya:

1) Supaya kita memperbanyakkan ibadah dan amal kebajikan disepanjang bulan Ramadan, kerana Lailatul Qadr itu hanya datang sekali dalam setahun.
2) Menurut Al-Imam Fakhul Raazi sebab-sebab Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahsiakan Lailatul Qadr itu supaya hamba-Nya mengagungkan dan memuliakan malam Ramadan.
3) Supaya kita dapat menghidupkan semua malam di bulan Ramadan yang mubarak ini dengan berusaha mencarinya dan meningkatkan ibadah setiap malam.





5) Alamat atau tanda kedatangan Lailatul Qadr:

Antaranya:

1) Pagi harinya cahaya matahari lembut dan teduh, sebagaimana sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya (lailatul Qadr) itu ialah satu malam yang paginya matahari terbit dengan tidak bersinar (teduh dan putih cerah)”. (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi).

2) Menurut Imam Nawawi Rahimallahu Ta’ala dalam syarah Muhazzab bahawa tanda-tanda adanya Lailatul Qadr ialah pada malam itu tiada panas dan tiada sejuk, matahari terbit esoknya harinya dengan cahaya putih, cerah dan kurang sinarannya. Malah pada siang harinya tiada rasa kepanasannya.

3) Menurut ulama, di antara tanda-tanda terjadinya Lailatul Qadr seperti berikut:
-Hujan tidak turun pada malamnya.
-Perasaan pada waktunya(waktu Lailatul Qadr) tenang dan tenteram.

5. Ketentuan Lailatul Qadr:

Berikut beberapa pendapat ulama tentang ketentuan malam tersebut:

1) Sebahagian besar ulama mengatakan bahawa Lailatul Qadr itu terbatas pada malam terakhir bulan Ramadan. Di antara sepuluh malam terakhir inilah diandaikan berlakunya Lailatul Qadr dan besar kemungkinan ianya berlaku pada malam berangka ganjil di antara malam-malam yang sepuluh itu iaitu sama ada pada malam ke-21, atau 23, atau 25, atau 27, atau 29. Perkara ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: “ Dari Abi Salamah ia berkata: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Carilah Lailatul Qadr (Malam Qadar) pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.”(Hadis Riwayat Al-Imam Bukhari).

2) Dalam kitab Matla’ul Badrain ada menyebutkan bahawa jika puasa bermula pada hari Ahad dan Rabu, maka Lailatul Qadr itu berlaku pada malam ke 29. Jika puasa bermula pada hari Isnin, maka Lailatul Qadr itu berlaku pada malam ke 21. Manakala jika puasa itu bermula pada hari selasa dan jumaat, maka Lailatul Qadr berlaku pada malam ke 27. Jika puasa bermula pada hari khamis, maka Lailatul Qadr itu berlaku pada malam ke 25. Jika puasa bermula pada hari sabtu, Lailatul Qadr itu berlaku pada malam ke 23.

HIKMAH PUASA RAMADAN

Tidak dapat dinafikan segala suruhan dan larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala mempunyai banyak hikmah tersendiri. Sebagai contoh puasa, ibadah ini bermula waktu terbit fajar hingga terbenam matahari, dalam jangka itu kita dilarang makan, minum, jima’ dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Apakah hikmahnya?.Mentarbiah(mendidik) orang Islam supaya taat kepada Allah dan Rasul-Nya dari segi hukum-hakam tatacara berpuasa. Jika orang Islam mentaatinya dengan sendirinya ia akan taat kepada undang-undang atau peraturan-peraturan yang dicipta oleh manusia). Inilah cantiknya Agama Islam selain menyelamatkan manusia dari berbuat maksiat dan dosa, ia juga memandu manusia dengan syariatnya untuk mendapat kebahagian Duniawi dan Ukhrawi.

Seterusnya antara hikmah puasa lagi, ia sebagai perisai daripada api neraka di akhirat. Puasa itu juga merupakan sebagai salah satu cara untuk menundukkan hawa nafsu syahwat manusia, di mana nafsu syahwat itu merupakan senjata yang paling merbahaya sekali yang digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan dan membinasakan manusia.

Ini ialah di antara hikmat puasa jika dilihat dari segi kerohanian. Manakala dari segi social dan kemasyarakatan pula, puasa itu boleh menggerakkan hati seseorang itu untuk segera meringankan penderitaan sesame umat Islam dengan mengeluarkan zakat fitrah, ataupun memperbanyakkan amalan sedekah kepada orang-orang miskin supaya sama-sama tidak kira sama ada miskin atau kaya turut menikmati segala rezeki yang telah disediakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada semua umatnya.

Di segi kesihatan jasmani, puasa selama bulan Ramadan ini sangat berguna untuk menjaga dan memperbaiki kesihatan. Ini adalah kerana timbul pelbagai penyakit yang disebabkan oleh berat badan yang berlebihan kerana terlalu banyak makan dan minum.

Di dalam bulan-bulan yang lain, perut kita bekerja keras, tetapi pada bulan puasa, perut kita dapatlah berihat untuk agak lama dan dengan yang demikian, kita memberi kesempatan kepada perut kita untuk mengembalikan kesihatan yang mungkin terjejas selama sebelas bulan sebelum bulan Ramadan ini.

Disamping itu, puasa bukan sahaja dapat menyucikan keperibadian seseorang itu malah dapat juga memberi kelapangan dan kesenangan hati untuk berfikir dan meringankan badannya untuk membuat atau melakukan sesuatu tindakan adalah kesan daripada perut yang kosong.

Puasa membentuk keperibadian seseorang umat Islam itu supaya sentiasa berwaspada, berjaga-jaga dan selalu mepunyai hati yang ikhlas, jujur, mulia dan tinggi. Orang-orang yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah puasa itu sudah tentunya akan menjaga dan menghormati puasanya seperti tidak makan khususnya di khalayak ramai.

Juga, seseorang yang benar-benar menunaikan ibadah puasa itu akan memperolehi kegembiraan pada waktu berbuka seperti sabda Rasulullah Sallahu Alahi Wasallam di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya:
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua macam kegembiraan, iaitu kegembiraan di waktu berbuka dan kegembiraan pada ketika ia bertemu dengan Tuhannya.”

Puasa juga mengajar setiap umat Islam supaya betul-betul memahami perasaan cinta sejati dan abadi serta bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas segala pemberian dan nikmat yang telah dikurniakan kepadanya.

Seseorang itu berpuasa kerana semata-semata mengikut perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan juga cintanya terhadap-Nya. Cinta yang begitu mendalam boleh menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi dirinya daripada segala yang dilarang-Nya. Juga pengabdian seseorang umat Islam kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala boleh menyemaikan ke dalam dirinya sifat-sifat kebaikan dan kemuliaan.

Setiap umat Islam yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah puasa setentunya berhasrat mencari dan mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta mengharapkan belas kasihan daripada-Nya. Oleh itu puasa dapat memberi kepada seseorang itu suatu harapan yang cerah di dalam kehidupannya.

Puasa juga adalah suatu jaminan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada hamba-Nya untuk memperolehi ketenteraman dan keikhlasan serta pengawalan diri.

Seseorang yang berpuasa dengan mengikut syarat-syarat yang tertentu akan berjaya mengawal seluruh hawa nafsu (dalam keinginan manusia biasa) dengan sepenuhnya dan dapat juga menjauhi serta mengelakkan dirinya daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini.
Di dalam perkataan yang lain, seseorang itu dapat mengelakkan dirinya daripada melakukan sebarang bentuk maksiat dan kongkongan syaitan, di samping meletakkan dirinya pada suatu tahap atau peringkat yang tinggi.

Puasa mengajar manusia cara-cara menyesuaikan diri dan mengubahkan tata hidup supaya banyak bersabar dan insaf. Pendek kata, di dalam bulan ini puasa ini, seseorang itu akan merasa banyak perubahan pada dirinya.

Apabila seseorang itu berjaya menerima perubahan walaupun buat sementara waktu sahaja, ia akan dapat membentuk dan membiasakan dirinya, seperti banyak bersabar dan lebih berani serta tenang di dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran kehidupan seharian tanpa hilang pedoman hidupnya.

Kesimpulannya, Puasa mengajar seseorang itu kea rah mengamalkan sifat sederhanaan di dalam kehidupan, disamping berhati tabah. Seseorang yang mengerjakan ibadah puasa dengan sesungguhnya telah mencorakkan dirinya pada suatu nilai displin yang tinggi dan ekoran daripada ini, cara hidupnya akan bertambah lebih sempurna dan teratur.

AMALAN

AMALAN DI MALAM NISFU SYA'ABAN

Pada malam nisfu sya'aban (15 sya'aban), kita digalakkan menambah amal ibadat dengan membaca Al-Quran Al-Karim dan surah Yaasin untuk menghidupkan lagi malam tersebut. Pada malam itu juga sangat baik dibanyakkan istighfar (memohon keampunan) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita.
Al-Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali Radhiallahu 'Anhu katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Apabila tiba malam pertengahan Sya'aban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman: "siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu....adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala) sehingalah terbitnya fajar subuh."
Di antara amalan yang lazim dibuat ialah membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali dan menurut Imam Syahrurazi hendaklah dibaca surah Yaasin kali pertama itu dengan niat mohon panjang umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan surah Yaasin kali kedua dengan niat diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati, kemudian dibacakan doanya. Selepas itu dibacakan surah Yaasin kali ketiga dengan niat minta dimatikan dalam iman (husnul Khatimah) kemudian dibaca doanya.
Terjemahan Doa Nisfu Sya'aban:
Ya Allah, Ya tuhan yang empunya kurniaan dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, Ya Allah yang empunya kemuliaan dan kebesaran, Ya Allah yang empunya kurniaan, tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang mohon perlindungan dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan yang mohon keselamatan dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz sebagai seorang yang celaka, maka hamba mohon hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz sebagai seorang yang ditegah daripada kebajikan dan seorang yang disempitkan rezeki, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba dan mudahkan rezeki hamba dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba sebagai seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufiqkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab (Al-Quran Al-Karim) yang tafsirnya:(" Allah Ta'ala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.")

KEISTIMEWAAN PUASA RAMADAN

Sebagaimana kita ketahui, setiap tahun akan menjelang satu bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh Umat Islam seluruh dunia iaitu Ramadan. Bulan yang diwajibkan kita berpuasa di siang hari.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tafsirnya:
“ Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan ke atas kamu ibadah puasa sepertimana yang telah difardhukan ke atas umat-umat sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah Ayat:183).
Sabda Rasulullah Sallahu Alahi Wasallam yang maksudnya:
“Dibinakan Islam itu(asas) di atas lima perkara: naik saksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh(rasul Allah), mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menunaikan haji (ke baitullah bagi barangsiapa yang mampu untuk mengerjakannya) dan berpuasa di bulan Ramadan”.(Hadis riwayat Imam Bukhari).

Di dalam bulan ini, selain difardhukan puasa di siang hari, kita dituntut untuk menghidupkan malam harinya dengan ibadah-ibadah sunat seperti Sembahyang Sunat Terawih dan Witir, serta Tadarus Al-Quran. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
“Barangsiapa melakukan solat pada malam Ramadan dengan iman dan mengharap keredhaan-Nya, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”(Hadis riwayat Al-Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Sesungguhnya bulan Ramadan mempunyai berbagai keberkatan, keistimewaan dan kelebihan yang kalau diterokai manusia setentunya tidak habis dan jikalau mereka tahu banyak rahmat dan kebaikannya nescaya mereka mengharap agar seluruh bulan yang ada dalam setahun itu semuanya Ramadan.
Sepertimana sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
“Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Andaikata hambaku mengetahui hal (keutamaan) bulan Ramadan, nescaya mereka mengidamkan agar dalam setahun itu dijadikan bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya).”

Diantara keistimewaan puasa yang terkandung dalam Ramadan seperti berikut:

1) Pahala puasanya dibalas oleh Allah. Sebagaimana Sabda Rasulullah yang maksudnya:
“ Dari Abi Hurairah ra. berkata : Rasulullah Sallahu alaihu wasallam bersabda: “ Setiap amalan anak-anak Adam itu dilipatgandakan, satu kebajikan dilipatgandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-ku dan Aku yang akan membalasnya, ia mengekang syahwat dan makanan hanya untuk-Ku.”(Hadis Riwayat Al-Imam Bukhari dan Muslim).

2) Dijauhkan wajahnya dari api neraka. Sabda Rasulullah Sallahu Alahi Wasallam yang maksudnya:
“ Tidak pun seseorang hamba Allah yang berpuasa fi sabilillah (kerana mengharap redha Allah) melainkan Allah disebabkan itu ia akan dijauhkan wajah/mukanya daripada api nera
ka sejauh tujuh puloh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari).

3) Ikan-ikan dilaut memohon keampunan kepada orang yang berpuasa dan malam terakhir Ramadan orang berpuasa diampunkan.Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi wasallam yang maksudnya:
“Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“ Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan dilautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah (syurga) yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hamper tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantai supaya tidak menggoda mereka kearah maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadan. Pada malam terakhir bulan Ramadan (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka para sahabat Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadr?” Dijawab oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam:
“ Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.” (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar, Al-Baihaqi dan riwayat Abu Syaikh Ibnu Hibban).

4) Doa orang berpuasa tidak akan tertolak. Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak, doa orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa, imam atau penguasa yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Aku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Aku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.”(Hadis riwayat Ahmad).
Menurut riwayat dinyatakan bahawa para malaikat yang menjaga Arasy diperintahkan meninggalkan segala sesuatu pada bulan Ramadan hanya disuruh berkata “Amin” daripada doa-doa mereka yang berpuasa.


5) Puasa merupakan zakat jasad (penyucian jasmani) dan separuh dari sabar. Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: “Bagi tiap-tiap sesuatu ada zakat (penyuciannya), dan zakat jasad ialah puasa dan puasa pula adalah separuh kesabaran.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

6) Puasa memberi kesihatan. Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
“ Berpuasalah kamu, nescaya kamu sihat”.
( Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nai’m)

7) Puasa merupakan perisai dari berbuat dosa dan maksiat. Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: “ Puasa itu ialah perisai. Apabila salah seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah ia menuturkan kata-kata yang keji, dan janganlah membuat ingkar dan bising, maka jika sekiranya ada orang memakinya atau memukulnya ia hendaklah menyatakan bahawasanya “aku berpuasa”.

8) Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyediakan satu pintu di syurga khusus untuk orang-orang yang mengerjakan puasa. Pintu ini dinamakan ‘ Ar-Rayyan’
Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
“ Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ar-Rayyan
Di mana orang-orang yang berpuasa akan dipanggil kepadanya. Maka sesiapa yang mengerjakan puasa, ia akan memasukinya, dan sesiapa yang memasukinya tidak akan merasa dahaga selama-lamanya.” (Hadis Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi dari Sahal bin Sa’ad).

9) Bau mulut orang yang berpuasa lebih baik dan lebih harum dari bau misk(kasturi).
Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
“ Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, ketika ia berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai Tuhannya. Dan bau mulut orang yang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian misk(kasturi).(Hadis riwayat Al-Imam Bukhari dan muslim).

10) Dengan berpuasa dapat menyempitkan jalan-jalan syaitan. Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

“ Sesungguhnya syaitan itu adalah mengikut saluran darah. Oleh itu hendaklah kamu persempitkan jalan syaitan itu dengan melakukan lapar(berpuasa).”

11) Puasa menjadi syafaat bagi diri seseorang pada hari kiamat. Sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru, Sesungguhnya Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Bahawa Puasa dan Al-Quran itu meminta syafaat kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk seseorang hambanya pada hari kiamat. Berkata Puasa: Ya Allah, aku telah menahan daripada makan dan minum pada siang, maka jadikanlah aku syafaat kepadanya. Dan berkata Al-Quran: Ya Allah, aku telah menahannya daripada tidur (kerana membaca Al-Quran) pada malam hari, maka jadikanlah aku syafaat kepadanya, maka lalu Allah memberi syafaat kepadanya dengan sebab permohonan keduanya.”

Demikianlah beberapa keistimewaan puasa di bulan Ramadan. Yang penting di dalam bulan ini, bukanlah sekadar masa untuk menahan lapar dan dahaga atau untuk meninggalkan kesenangan jasmaniah sahaja, akan tetapi ia adalah bulan ibadah yang penuh ikhlas kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Disamping itu, ia juga adalah merupakan bulan pengampunan dosa dan bulan mengumpul sebanyak-sebanyak saham pahala.
Sesuai dengan sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
“Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam telah berkhutbah kepada kami pada akhir bulan Sya’ban, baginda bersabda : ‘Wahai manusia ! bulan yang agung lagi berkat telah menaungi kamu, bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah mewajibkan puasa padanya, Qiyam (sembahyang terawih) pada malamnya adalah sunat. Sesiapa yang menghampirkan dirinya (taqarrub) kepada Allah dengan secebis kebajikan adalah (sama) seperti mereka yang menunaikan satu fardhu pada bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu padanya seperti mereka yang menunaikan tujuh puluh fardhu pada bulan yang lain daripadanya, ialah bulan sabar dan kesabaran itu pahalanya ialah syurga, bulan bantuan (bagi mereka yang susah), bulan peningkatan rezeki orang-orang mu’min. Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa akan mendapat keampunan daripada dosanya, dimerdekakan daripada api neraka, balasannya setimpal dengan usahanya, tidak dikurangkan sedikit jua pun. “Mereka bertanya:”Bukan semua kami yang dapat memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa. Rasulullah menjawab: Allah memberi pahala kepada mereka yang memberi makan (berbuka) kepada yang berpuasa (sekalipun) sebiji tamar atau seteguk daripada air atau seteguk susu (yang bercampur dengan air). Ialah bulan pada awalnya rahmat, pada pertengahannya keampunan dan pada akhirnya bebas daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan (beban) daripada hambanya pada bulan Ramadan, Allah ampunkan baginya dan ia dibebaskan daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah dalam bulan Ramadan ini akan empat perkara, dua perkara diredhai oleh Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak terkaya kamu daripadanya. Adapun dua perkara yang diredhai oleh Tuhan kamu itu ialah penyaksian bahawa tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan engkau memohon keampunan daripada-Nya. Dua perkara yang tidak terkaya kamu daripadanya ialah mintalah kamu syurga dan kamu mintalah jauhkan daripada neraka. Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dari haudku (kolamku), minuman yang tidak akan mendahagakan sehinggalah ia masuk syurga.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya kemudian berkata: Hadis ini sah dan diriwayatkan daripada Al-Baihaqi).

PENGAJARAN AL-QURAN AL-KARIM

PENGAJARAN SURAH AL-BURUUJ (SIRI I)

PENGENALAN:

Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 22 ayat. Dinamakan Surah Al-Buruuj (Tempat-Tempat Peredaraan Bintang), kerana pada awal surah ini Allah Subhanahu Wataala bersumpah dengan langit dan bintang-bintangnya serta hari pembalasan yang dijanjikan, bahawa kaum kafir yang bertindak ganas menggali parit dan membakar orang-orang yang beriman di dalamnya, akan menerima akibat yang seburuk-buruknya.

INTISARI SURAH:

Membentangkan kisah kekejaman kaum kafir terhadap orang-orang yang beriman, yang terjadi dalam zaman Nabi-nabi yang telah lalu.

Setelah itu ditegaskan: Bahawa orang-orang kafir yang menimpa bencana untuk memesongkan orang-orang yang beriman: lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab api yang membakar.

Sebaliknya orang-orang yang beriman dan beramal salih, akan ditempatkan di dalam syurga yang melimpah-limpah nikmatnya.

Kemudian ditegaskan: Bahawa azab Tuhan terhadap orang-orang kufur ingkar amatlah berat. Kenangkan sahaja apa yang telah menimpa kaum-kaum yang telah menentang Rasul-rasulnya pada zaman silam.

Demikian juga yang akan menimpa orang-orang kafir yang menentang Nabi Muhammad Sallahu Alahi Wassalam. Pada akhir surah ini diterangkan tentang jaminan Allah Subhanahu Wataala terhadap kitab-Nya (Al-Quran Al-karim).

(Tafsir ayat 1 hingga 8)

Allah berfirman dengan tafsirnya:

Demi langit yang mempunyai gugusan bintang. (ayat1).

dan hari yang dijanjikan. (ayat 2).

dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. (ayat 3)

Binasalah orang-orang yang empunya lobang parit. (ayat 4).

Dari api yang bernyala-nyala. (ayat 5).

Ketika mereka duduk didekat-nya. (ayat 6).

Dan mereka, terhadap apa yang mereka perbuat atas orang-orang yang beriman itu, adalah menyaksikan. (ayat 7).

Dan tidaklah mereka berlaku kejam kepada orang-orang itu, melainkan kerana orang-orang itu percaya kepada Allah, Yang Maha Gagah Perkasa, Yang Maha Terpuji. (ayat 8).

HURAIAN:

Dalam ayat-ayat di atas, Allah Subhanahu Wataala menceritakan keteguhan iman orang-orang yang dipaksa meninggalkan aqidah tauhid dan agama yang dipegang mereka. Tetapi mereka tetap berada di pihak yang benar dengan memilih yang terbaik, iaitu kekal dalam aqidah tauhid dan agama yang dipegang, walaupun menemui kematian.

Kalau kita sorot kembali sejarah keteguhan iman ini, memang banyak diceritakan dalam Al-Quran Al-karim. Diantaranya: keteguhan iman penghuni Al-Kahfi, yang sanggup lari ke Al-Kahfi(Gua) semata-mata menyelamatkan agama yang dianuti. Sesungguhnya mereka ini benar-benar pemuda-pemuda yang benar-benar beriman kepada Allah Subhanahu Wataala, Tuhan sekalian alam.

Begitu juga, kisah ketebalan iman Syaidina Abu Bakar Radiallahu Anhu yang tetap bersama Rasulullah semasa hijrah, walaupun nyawanya terancam. Peristiwa ini membawa pengalaman baru dalam perjuangan Islam. Kalau sebelumnya, Para Sahabat mengalami ujian ditahan, diseksa, dipulaukan dan ada yang syahid tetapi hijrah menguji dan membuktikan kecintaan mereka terhadap Allah Subhanahu Wataala dan Rasul-Nya, mengatasi kasihkan tanahair, harta benda dan rumahtangga. Inilah sebuah contoh unggul muslim sejati yang begitu jujur terhadap agamanya. Bagi mereka tanahair dan harta kekayaan tidak mempunyai apa-apa erti asalkan dapat menyelamatkan akidah dan agama yang dianuti.

Semua peristiwa ini terjadi, kerana iman yang kukuh terhadap Allah Subhanahu Wataala dan Rasul-Nya. Kalau kita perhatikan keadaan sekarang jauh berbeza, di sana-sini berlaku kekecohan, kesengsaraan dan penindasan sering berlaku dalam masyarakat di dunia. Masing-masing mendakwa punya kebenaran dan kebebasan tersendiri untuk melakukan apa saja yang mereka suka walaupun apa yang mereka lakukan itu untuk merampas, menyeksa, dan menipu hak orang lain. Begitu juga, kekejaman terhadap sesama manusia berlaku di mana-mana, tetapi ternyata sudah bahawa selain dari peraturan Ilahi, tidak ada peraturan yang berupaya untuk menyelesaikannya.

Yang paling menakutkan di antara semua ini ialah, ada segelintir orang Islam menolak kebenaran Hadis Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam. Mereka ini mempertikaikan kebenaran Hadis Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam dengan mengatakan bahawa Rasul tidak bertanggungjawab memberikan keterangan yang akan menimbulkan pengertian hukum baru seperti yang dikenal dengan sebutan As-Sunnah atau Hadis. Mereka juga berpendapat hadis disusun berdasarkan cerita dari mulut ke mulut dari orang-orang yang lebih tua yang dipandang mengerti agama.

Kepercayaan ini adalah salah dan menyeleweng dari Pandangan Syarak dan Akidah Islam.Semua ini berlaku kerana tidak menghayati Ajaran Agama Islam secara sempurna keseluruhannya, dikalangan mereka.

Umumnya, dalam urutan ayat-ayat ini dapatlah kita fahamkan bahawasanya pernah terjadi orang menggali lobang yang dalam untuk dilemparkan ke dalamnya orang-orang yang dipaksa meninggalkan keyakinan dan imannya kepada Allah Yang Maha Esa. Orang-orang yang beriman itu tidak mau berganjak dari pendiriannya, sehingga pihak yang berkuasa menggali lobang untuk memasukkan mereka ke dalam, dan setelah mereka berada di dalamnya dinyalakan api, dan orang-orang yang membakar itu duduk di keliling lobang itu menyaksikan orang-orang beriman itu jadi abu.

KESIMPULAN DAN PENGAJARAN:

1) Dalam ayat-ayat tersebut, Allah Subhanahu Wataala mengambarkan ketebalan iman orang-orang beriman yang diseksa untuk masuk dalam api yang bernyala-nyala, tetapi mereka tetap teguh dengan Agama dan Akidah yang sudah lama dianuti.
2) Orang-orang Kafir memang sudah lama mengharap-harap agar terpesong Akidah Umat Islam. Sehingga sekarang harapan mereka masih ada supaya Umat Islam mengikut Ajaran dan kepercayaan mereka. Perkara ini diterangkan dalam Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang tafsirnya:

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

3) Penindasan dan Pembunuhan orang dilakukan oleh orang-orang kafir tetap ada sehingga sekarang. Kadang-kadang secara jelas berupa ugutan dan pembunuhan beramai-ramai. Kadang-kadang secara tersembunyi melalui fahaman-fahaman yang songsang seperti Fahaman Materialistic, Fahaman Vandalisme dan sebagainya.

PENGAJARAN SURAH AL-BURUUJ (SIRI II)

(Tafsir ayat 21-22)


Allah berfirman dengan tafsirnya:

Bahkan, yang didustakan mereka itu ialah Al-Quran yang mulia.(ayat 21).

Yang (tersimpan) dalam Loh Mahfuzh. (ayat 22).

HURAIAN:

Dalam ayat ini, Allah Subhanahu Wataala memberi jaminan tentang kemuliaan Al-Quran. Al-Quran sememangnya tersimpan dalam Loh Mahfuzh, ia terpelihara dari penyelewengan dan perubahan. Sayugialah kita sebagai orang beriman memelihara Al-Quran dari tercemar kemuliaannya.

Perlu diingat, Al-Quran bukan saja dibaca dan dihafaz. Tetapi hendaklah dihayati isi kandungan-Nya.

Hingga hari ini, kemuliaannya tetap dijaga hingga hari kiamat. Lihat sekarang, memang Al-Quran dibaca dan dihafaz di dada orang-orang yang beriman. Tetapi kita selaku orang yang mengagungkan kalimah Allah di muka bumi, semua ini tidak memadai.

Ini kerana, kalaulah Al-Quran itu diajarkan sekadar untuk mengurangkan bilangan Buta Al-Quran. Ataupun kerana Tanggungjawab Kerja dan Amanah dari Majikan. Semuanya ini amat kurang pulangannya. Kita mahu Generasi sekarang atau di masa depan, Generasi yang benar-benar cintakan Al-Quran dengan menghayati dan mengamalkan isi kandungannya.

Banyak berlaku Gejala Sosial di sana-sini, disebabkan tidak mampu menterjemahkan isi kandungan Al-Quran di dalam diri mereka sendiri. Begitu juga dalam kehidupan kita pada hari ini, berbagai-bagai krisis dan pergolakan dunia kita lihat dan dengar. Satu jalan yang terbaik untuk mengatasinya ialah dengan berpandukan Al-Quran. Manusia perlu kembali kepada Al-Quran, berpegang dan bersandar dengan-nya, kerana Al-Quran tidak pernah salah dalam memberi pimpinan kepada manusia. Ia juga sumber hidayah dan petunjuk serta mukjizat teragung yang mengandungi semua bidang ilmu untuk diterokai oleh manusia.

Jelaslah kepada kita, Al-Quran Al-karim adalah kitabullah yang kekal kesucian dan kemurniannya, tidak pernah berubah dan keterangannya merupakan sumber rujukan mu’tamad dalam segala perkara yang dibicarakannya. Al-Quran Al-karim juga diakui sebagai teman berdialog yang sempurna yang menggambarkan cara benar bagi setiap orang dan memberikan jalan keluar dari berbagai-bagai masalah yang dihadapi oleh manusia. Masalah yang muncul kemudian, bertitik tolak dari kekalnya Al-Quran Al-karim.

Al-Quran Al-karim tetap kekal abadi, segala kata-katanya yang lain akan hilang, hanya kata-kata Al-Quran Al-karim sahaja terkawal dan terpelihara. Ia kekal selamanya berfungsi sebagai pemecah masalah, sekalipun masalah itu berbeza bentuk dan coraknya. Kerana itu manusia dituntut untuk menjadikan Al-Quran Al-karim sebagai jalan keluar atau penyelesaian apa jua masalah.

Sesungguhnya Al-Quran Al-karim tetap terpelihara kukuh sampai bila-bila jua, kekalnya Al-Quran Al-karim bererti ia mampu menjawab segala persoalan atau masalah yang ada dari berbagai segi. Sama halnya dengan kekalnya ayat-ayat Al-Quran Al-karim yang mencakupi segala yang ada dan kita tidak boleh mengenepikan kitabullah ini, yang menjadi sumber rujukan sebarang masalah yang dihadapi. Ini adalah kerana, Al-Quran Al-karim tetap utuh sepanjang zaman.

KESIMPULAN DAN PENGAJARAN:

1) Al-Quran Al-karim tetap menjadi kitabullah yang menjadi rujukan sepanjang zaman hingga hari kiamat.
2) Kehebatan dan keagungan Al-Quran Al-karim sentiasa diberi perhatian seluruh manusia tak kira bangsa atau Agama, hinggakan ada yang masuk Islam kerana mengkaji isi kandungannya.
3) Al-Quran Al-karim kekal selamanya dari penyelewengan, pembaharuan dan perubahan ajaran-ajaran di dalamnya.
4) Kesucian Al-Quran Al-karim tetap dijaga oleh Allah Subhanahu Wataala sampai bila-bila masa hingga hari kiamat. Perkara ini diterangkan dalam Al-Quran Al-karim dalam surah Al-Hijr ayat 9:
Firman Allah Taala yang tafsirnya:
“Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya.”

SIRI I


(SURAH AL-HUMAZAH)


PENGENALAN:

Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 9 ayat. Dinamakan Surah Al-Humazah (pegumpat), kerana pada awal surah ini, Allah ta’ala memberi ancaman dengan azab yang seburuk-buruknya kepada tiap-tiap pengumpat, pencela.

INTISARI SURAH:

Memberi penjelasan tentang keburukan orang-orang yang mencemuh dan memandang rendah kepada orang lain, kerana ia senang-lenang dan kaya-raya, padahal kesenangan dan kekayaannya tidak dapat memberikan sebarang faedah kepadanya pada hari akhirat disebabkan ia bakhil, kedekut dan tidak menggunakannya pada jalan kebajikan.

Sebagai seorang yang telah dilapangkan hidupnya sepatutnya ia bersyukur kepada Allah Ta’ala, dan menghormati serta berhubung mesra sesama manusia.

Orang yang sombong dan bermegah-megah dengan kesenangan dan kemewahannya, yang mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain, yang tidak mempunyai perasaan kasihan untuk menolong orang-orang yang memerlukan bantuan, tidak akan dikenal atau disebut dengan sebutan yang baik di dunia apa lagi untuk menyelamatkan dirinya di akhirat.

(TAFSIR AYAT 1 HINGGA 9)

Allah berfirman dengan tafsirnya:

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela. (ayat 1)

Yang mengumpulkan-ngumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. (ayat 2)

Dia menyangka bahwa hartanya itulah yang akan memeliharanya. (ayat 3)

Sekali-sekali tidak ! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (ayat 4).

Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (ayat 5).

Iaitu api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan. (ayat 6).

Yang (membakar) sampai ke hati. (ayat 7).

Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka. (ayat 8).

(Sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang. (ayat 9).

HURAIAN:

Ayat ini menayangkan satu gambaran yang berlaku dalam kehidupan da’wah dalam peringkat perkembangannya yang pertama. Di samping itu, gambaran ini juga merupakan satu contoh yang berulang-ulang dalam setiap masyarakat, iaitu gambaran manusia hina yang suka mengumpat serta mencela sesama manusia, dan mengira harta kekayaan itulah tuhan yang berkuasa yang boleh membuat segala apa sahaja sehingga berkuasa menolak maut, mengekalkan hidupnya, menolak qadha’ Allah, Hisab-Nya dan Balasan-Nya jika dalam fikirannya pernah terlintas adanya persoalan Hisab dan Balasan Allah, kerana itu ia tergila-gila mengumpulkan harta kekayaan dan begitu lazat menghitung-hitungkan jumlahnya.

Sebenarnya, Islam tidak mengasaskan hidup umatnya didunia ini semata-mata dibina dengan kebendaan yang melupakan Allah Subhanahu Wataala. Sebaliknya, binaan hidup muslim diasaskan kepada kebendaan dan keimanan yang berjalan serentak. Nafsu kebendaan yang gelojoh dan ganas hanya dapat ditenteramkan dengan rasa syukur melalui keimanan dan mengingati Allah. Dengan itu, seseorang itu tidak akan lupa daratan bahkan akan lebih bertakwa.

Nafsu manusia apabila dikalahkan dan dikuasai oleh fahaman kebendaan, maka hukum halal haram sudah tidak diambil kira lagi, tekaknya makin berselera dan perutnya rasa damai dengan itu semua. Yang penting padanya ialah untuk meningkat dan menambah harta kekayaan. Yang diperhitungkan semata-mata disudut ekonomi seolah-olah dengan ketinggian pencapaian ekonomi, ia sudah cukup mampu membeli semua hukum Allah serta menebus dosanya.

Inilah catatan sejarah yang masyhur berlaku kepada Qarun dan Namrud, matlamat hidupnya penuh dengan kegelojohan nafsu kebendaan yang meluap-luap. Qarun telah lupa bahawa nikmat kekayaan yang melimpah- ruah padanya adalah hasil makbul doa Nabi Musa Alaihisalam pada mulanya. Firaun dan Namrud ketika ia berkuasa, merampas harta kepunyaan orang lain menjadi kepunyaaannya yang kononnya untuk diwarisi.

Percayalah semua itu terjadi disebabkan kelalaian mengumpul dan menghitung harta tanpa mengikut Syariat Allah Subhanahu Wataala dan Rasul-Nya. Sesungguhnya nilai kekayaan seseorang itu bukanlah semata-mata diukur dari segi kebendaannya sahaja tetapi lebih dari itu ialah nilai rohani dengan takwa kepada Allah Subhanahu Wataala dan Rasul-Nya. Banyak manusia sentiasa berusaha untuk mendapatkan kemewahan dan harta kekayaan tanpa memperhitungkan apa sahaja sumber yang boleh didapatinya. Ini kerana bagi mereka , pengaruh kebendaan yang melahirkan hukum, bukan hukum yang mempengaruhi kebendaan. Itulah sahaja Islam pada mereka.

KESIMPULAN DAN PENGAJARAN:

1) Allah Subhanahu Wataala menggambarkan di dalam ayat 1 hingga 3, tentang azab-Nya yang pedih terhadap pengumpat, pencela dan orang yang menghimpun harta, mengira-nya ia dapat mengekalkan dirinya untuk urusan dunia. Sedangkan kehidupan dunia hanya sementara, hanya kehidupan Akhirat yang kekal abadi.
2) Sebaik-baik kebaikan yang dilakukan oleh orang yang berharta ialah menafkahkan hartanya di jalan Allah.
3) Sebaik-baik harta atau perhiasan di sisi Allah Subhanahu Wataala ialah sifat takwa.
4) Nilai seseorang itu bukanlah dipandang setakat banyak harta kekayaan sahaja bahkan dipandang sejauh mana tinggi, mulia hati nuraninya mengikut panduan Allah dan Rasul-Nya.
5) Kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan harta benda yang dapat diseimbangkan dengan kekayaan hati nurani dan perasaan jiwa yang mulia mengikut ajaran Islam.
6) Dilarang kita bermegah dan takbur dengan harta kekayaan, kerana ia tidak boleh menolong untuk mendapat pahala di akhirat nanti.
7) Dilarang dan ditegah orang-orang Islam melonggok-longgokkan harta tanpa membelanjakannya kepada jalan-jalan yang berkebajikan serta tidak dikehendaki orang Islam menjadi orang-orang yang miskin yang sedikit harta bendanya di dunia ini.

Selasa, 16 Jun 2009

LIDAH DALAM PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ

GAMBARAN SIKSAAN ORANG MENGUMPAT DALAM ISRA' MI'RAJ

Peristiwa Isra' dan Mi'raj yang berlaku terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam mengandungi berbagai urutan kisah. setiap kisah yang berlaku di dalam peristiwa tersebut mempunyai hikmah-hikmah yang bertujuan menyedar dan membangunkan Umat Islam. Jika Umat Islam memahami, menghayati dan mengambil pengajaran daripadanya maka ia akan memandunya ke arah kehidupan yang benar-benar sempurna. Jika sebaliknya, peristiwa tersebut hanya tinggal peristiwa, tanpa menghasilkan pengajaran dan peningkatan dari segi keimanan dan juga amalan walaupun diraikan pada setiap tahun.

Dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, penjagaan lidah adalah anatara isu yang dititikberatkan. Pada malam tersebut baginda telah diperlihatkan gambaran dahsyat akibat dari kejahatan yang dilakukan oleh lidah. Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam ada menceritakannya dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu daud, dari Anas bin Malik radiallahu Anhu baginda bersabda yang bermaksud:
"Ketika aku dimi'rajkan, aku telah melalui satu kaum, mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Maka aku bertanya kepada Jibril Alaihi salam: siapakah mereka itu wahai Jibril? Dia menjawab:" mereka adalah orang-orang yang memakan daging manusia(mengumpat) dan menjatuhkan nama baik (martabat) mereka."

Dalam hadis itu, menjelaskan bahawa betapa ngerinya azab yang diterima bagi orang yang mengumpat dan menjatuhkan maruah orang. Sebenarnya terdapat pelbagai cara orang untuk mengaibkan ataupun menjatuhkan nama baik (martabat) seseorang. Di antaranya pada masa kini kita dapati bahawa segelintir orang yang suka bercakap sia-sia dan mendatangkan dosa. Perbuatan ini sering dilakukan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri, dan sekarang ini berlaku pula melalui kemudahan alat-alat Telekomunikasi dan kemudahan-kemudahan IT seperti di internet dan sms.

Sedangkan Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam telah mengingatkan umatnya supaya jangan berkata pada perkara yang tidak baik dan berdosa. Tetapi berkatalah pada perkara yang baik dan berfaedah. Jika tidak, adalah lebih baik berdiam diri sahaja. Sabda Rasulullah Sallahu alaihi Wasallam yang bermaksud:
" Dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka berkatalah yang baik atau lebih baik berdiam diri." (Hadis Riwayat Al-Imam Bukhari).

GAMBARAN SIKSAAN ORANG MEMFITNAH DALAM ISRA' MI'RAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selepas Al-Quran dan merupakan peristiwa agung dan mulia di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diisrakkan dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa dan dari sana Baginda dimikrajkan ke langit. Seterusnya Baginda telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran pemerintahan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Dalam peristiwa Israk tersebut, Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diperlihatkan dengan berbagai-bagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perbuatan manusia berserta balasan yang bakal mereka terima. Ini adalah sebagai satu ujian kepada manusia terhadap keimanan dan ketakwaan mereka. Dengan demikian mudah-mudahan akan menambah lagi keimanan dan rasa takut untuk membuat kemungkaran.Dan sebagaimana lazimnya, pada setiap 27 Rejab, kita akan merayakan sambutan Israk dan Mikraj dengan berbagai-bagai majlis ilmu dan keagamaan. Akan tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap kisah-kisah yang telah diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu? Adalah tidak bermakna dan tidak bererti jika kita hanya memperingatinya sahaja, sedangkan tidak mengambil iktibar dan tidak membawa kepada perubahan yang positif kepada diri kita. Maka rugilah orang-orang yang mensia-siakan usia dan terus leka dan lalai dalam kehidupan. Sesungguhnya dengan ketaatan dan keimanan kepada Allah Subhanahu Wataala sahajalah yang akan dapat menyelamatkan kita dari kemusnahan baik di dunia mahupun di akhirat.Di antara hikmah berlakunya Israk dan Mikraj itu, di mana Allah Subhanahu Wataala telah memperlihatkan berbagai-bagai kejadian aneh, tidak lain melainkan untuk menjadi peringatan dan pengajaran kepada manusia supaya membuat perubahan positif dan membina terhadap diri mereka. Sebagai contoh, jika dahulunya mengabaikan dan malas untuk bersembahyang maka setelah menghayati peristiwa ini dan mengambil pelajaran dan iktibar daripadanya, ia akan berubah menjadi rajin menunaikannya. Jika dahulunya makan riba, maka sekarang telah berubah dan tidak akan melakukannya lagi, begitulah seterusnya akan mentaati perintah Allah Subhanahu Wataala dan meninggalkan larangan-Nya, bukan terus-menerus bergelumang dengan dosa dan maksiat dan langsung tidak mahu mendengar teguran dan nasihat, ibarat kata perumpamaan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'.Sesungguhnya banyak kejadian-kejadian yang telah diperlihatkan kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sewaktu Baginda diisrakkan.

Antaranya :Pertama : Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melihat segolongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur luluh, akan tetapi sekejap kemudian kepala itu kembali seperti asalnya. Perbuatan itu dilakukan berulang-ulang kali, begitulah keadaannya berterusan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya kepada Jibril Alaihissalam,'Siapakah mereka itu?' Jibril menjawab : 'Mereka adalah sebagai gambaran golongan umat tuan yang suka melalaikan waktu sembahyang sehingga habis waktunya'.Kita umat Islam wajib mengerjakan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam serta menjaga waktunya. Tetapi apa yang berlaku, terdapat sebilangan orang yang masih lalai untuk melaksanakan ataupun melambatkan sembahyangnya sehingga luput waktunya dengan alasan sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan sebagainya. Sesungguhnya jika ia seorang yang beriman, ia akan menjaga sembahyangnya dengan sempurna baik dari perlaksanaannya mahupun waktunya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Maun ayat 4-5 yang tafsirnya :"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya".

Kedua: Dalam peristiwa Isra’ Mi’raj baginda Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam telah diperlihatkan gambaran dahsyat akibat dari kejahatan yang dilakukan oleh lidah. Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam ada menceritakannya di dalam Hadis baginda yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud, dari Anas bin Malik Radiallahu Anhu baginda bersabda yang bermaksud:
” Ketika aku dimi’rajkan, aku telah melalui satu kaum, mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Maka aku bertanya kepada Sayidina Jibril Alaihi Salam: siapakah mereka itu wahai Jibril? Dia menjawab:” Mereka adalah orang-orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang.”

Dalam hadis ini dapat kita fahami bahawa betapa ngerinya azab yang diterima oleh orang yang mengumpat dan menjatuhkan maruah orang. Perkara menjatuhkan orang ini termasuklah berbuat fitnah. Fitnah adalah satu jenayah lidah yang mengakibatkan ramai orang yang tidak bersalah hidup derita dan merana.

Angkara fitnah, dua sahabat yang berkawan baik menjadi bermusuhan, suami isteri yang berkasih-kasihan menjadi berjauhan, orang yang berjawatan tinggi jatuh secara tiba-tiba, orang yang disayangi langsung dibenci dan mahligai kehidupan seseorang yang dibina sekian lama roboh dengan sekelip mata. Orang Mukmin tidak seharusnya melakukan jenayah lidah yang zalim seumpama ini.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman di dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 yang tafsirnya:
” Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)”.

Seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Qalam ayat 13 tafsirannya menyifatkan orang yang suka menaburkan fitnah sebagai:
”Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.”

Orang yang suka menyebarkan fitnah akan diseksa di dalam kubur. Ini ditekankan dalam sebauh hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari dari Ibnu Abbas Radiallahu Anhuma beliau menceritakan bahawa Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam telah melalui dua kubur kemudian baginda bersabda yang maksudnya:
” Sesungguhnya mereka berdua sedang diazab dan mereka tidak diazab disebabkan oleh dosa yang besar (pada pandangan mereka padahal ianya adalah dosa besar). Adapun salah seorang dari keduanya (diazab disebabkan) dia melawaskan kencingnya dan seorang lagi (diazab disebabkan) dia menyebarkan fitnah.”

Di hari pembalasan pula orang yang memfitnah akan dihumbankan ke jrang neraka. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dari Huzaifah Radiallahu Anhu Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
”Tidak akan masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba).”

Isteri Abu Lahab yang dikatakan suka mengadu domba dan menyampaikan kata-kata orang ke sana ke mari telah disifatkan Allah sebagai pemunggah kayu api yang bermaksud orang suka mengapi-apikan orang dengan hasutan dan fitnah. Beliau adalah anatara perempuan ahli neraka. Ini ditegaskan dalam Surah Al-Masad yang menceritakan bahawa Abu Lahab bersama isterinya akan diseksa di akhirat kelak. Dalam ayat 4-5 Surah Al-Masad ada disebutkan tafsirannya:
”Dan isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api, dilehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.”

Jelaslah bahawa memfitnah merupakan sifat tercela dan hukumnya adalah haram. Tetapi kenapakah ramai yang beranai melakukannya?

Di zaman ini jarum-jarum fitnah semakin mudah untuk menjalankan suntikannya iaitu melalui kecanggihan teknologi maklumat seperti internet yang mampu menyebarkan apa jua maklumat dengan sekelip mata tanpa dapat dibendung-bendung. Laman-laman web yang disediakan untuk kemudahan dan pengetahuan telah disalahgunakan untuk mengecam. Harus diketahui bahawa jika kecaman yang dibuat adalah palsu ia akan menjadi fitnah yang sungguh berbahaya. Jikapun ia betul, ia merupakan umpatan atau kejian melalui teknik canggih yang tidak kurang bahayanya. Perkara seumpama ini boleh menggoncangkan keharmonian negara malah sejagat kerana maklumat yang tersebar bersifat global. Bayangkanlah jika diri kta sendiri atau orang yang kita kasihi menjadi objek yang dikecam, bagaimanakah caranya kita dapat menangkis segala objek yang dikecam, bagaimanakah caranya kita dapat menangkis segala kecaman yang ditimpakan dan apakah nasib kita seterusnya?

Dalam hal ini kita dapat menyalahkan kecanggihan yang telah dicapai oleh teknologi maklumat hari ini, tetapi diri kitalah yang harus dipertanggungjawabkan. Ini kerana manusia telah diciptakan lengkap dengan akal fikiran untuk menilai mana yang baik dan buruk, Kita tidak akan dapat lari dari segala tuntutan terutama bagaimana kita menggunakan segala kemudahan teknologi seperti komputer.

Selain internet, media cetak seperti suratkhabar, majalah, risalah dan termasuk juga surat layang memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan berita dan maklumat yang tidak berasas. Orang ramai pula mudah percaya tanpa usul periksa atau terus membuat kesimpulan sendiri berasaskan salah-sangka dan sangka buruk terhadap segala berita yang sampai ke pengetahuan mereka. Lau menitilah berbagai cerita yang ditokok tambah atau yang belum tentu kesahihannya dari mulut ke mulut sehingga mencetuskan berbagai fitnah berupa gossip dan berita sensai yang merugikan dan menyusahkan banyak pihak.

Ingatlah, setiap perkataan yang kita luahkan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Oleh yang demikian, janganlah kita melibatkan diri dengan jenyah lidah berupa mengecam, memfitnah dan menyebarkan berita yang tidak berasas dengan apa cara sekalipun. Jika kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara, buatlah dengan cara yang betul. Ini akan menguntungkan kita kerana berbuat baik dan berhemah, menguntungkan orang lain kerana maruahnya terjaga dan menguntungkan negara kerana aman dan stabil.