Agama Islam adalah Agama yang sentiasa menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan. Begitulah kecantikan Islam, kalau dibincangkan satu-persatu memang banyak. Antaranya yang dapat dibawakan di sini, merebut waktu muda. Waktu muda adalah waktu yang paling tepat untuk kita mengisi kehidupan ini dengan baik. Mengabaikan waktu ini bererti tidak tahu bersyukur dengan anugerah Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang begitu berharga.
Memang tidak dapat dinafikan waktu muda untuk mengenal diri kita. Waktu inilah kita disuruh perbanyakkan ibadah dan mencari rezeki yang halal untuk meneruskan hidup. Kerana dikala usia ini tenaga dan fizikal kuat untuk membuat kerja-kerja kebajikan dan berfaedah sama ada untuk diri sendiri dan orang lain.
Bayangkan umur kita sekarang 20 tahun bakinya tinggal 40 tahun lagi, dan diwaktu itu kebiasaan umur manusia kembali kerahmatullah. Ini mengikut perkiraan kita, bagaimana kalau diambil nyawa kita besok atau lusa? Adakah kita dapat menyelamatkan diri dari hakikat mati ini? Jawapan tentu tidak.
Jadi, usia muda khususnya masa remaja gunakanlah dengan sebaik yang mungkin. Kerana pepatah arab menyebutkan: “Amat mustahil masa muda berulang lagi”. Oleh itu, kejarlah cita-cita dan impian di kala muda. Bagi belia, jika lalai untuk belajar bersungguh-sungguh, ditakuti menyesal suatu masa nanti. Janganlah kerana tercicir dari belajar, belia mula mengikut gaya barat seperti, terjebak dengan penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, sumbang mahram dan banyak lagi. Bukan itu saja, belia hendaklah sentiasa mengisi dada dengan iman sebagai benteng diri dari tipudaya dan was-was syaitan.
Disamping itu, remaja kena faham, mereka adalah bakal pemimpin hari esok, maknanya di tangan mereka tanggungjawab memimpin masyarakat pada masa akan datang, bak kata pepatah: pemimpin hari ini adalah pemimpin hari esok. Kerana itu, rebutlah peluang masa muda ini sebelum menjelma usia tua, sebagaimana sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: “masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa hidup sebelum mati dan masa lapang sebelum sibuk.”
Rabu, 3 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan